Sunday, January 19, 2014 | 8:25 PM | 0 Lovers
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan...dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah :
Pertama :
Tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Allah menjamin Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan seluruh umat Islam yang menerjakan solat tahajjud mendapat tempat yang istimewa dan terpuji melalui surah al-Israk, ayat 79 :-
"Pada sebahagian malam hari, solat tahajjudlah sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-
"Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan
Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu."
Kedua :
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman dan penghayatan. Paling tidak juga sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat Kursi sambil mata menatap ayat-ayat suci tersebut.
Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan
pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama buat kaum lelaki bagi mengerjakan solat berjemaah. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan rumah Allah.
Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.” (Riwayat Ahmad)
Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
(Riwayat Al-Tabrani)
Kelima :
Jaga sedekah setiap hari, Allah menyukai orang yang bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang
yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan
akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
"Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma,
kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah
dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu )"
(Al-Hadith)
Keenam :
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang selalu dalam keadaan berwudhu'.
Kata khalifah Ali bin Abu Talib,
"Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat
walau ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
ampunilah dosa dan sayangi dia ya Allah."
wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.
”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah,
tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu
(Riwayat Bukhori & Muslim)”
Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar, masalah yang terjadi berpunca dari dosa
yang kita lakukan akan dijauhkan oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda :-
"Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan
sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."
___________________________________________________________________________
Alhamdulillah.... Ilmu yang dikongsi semoga mendapat manfaat bersama. Yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Kita sebagai ummat Islam seharusnya saling ingat-mengingati di antara satu sama lain.
Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk berkongsi sunnah Nabi Muhammad SAW yang dilakukan baginda pada setiap hari. Ayuhlah sama-sama kita mengikut serta mengamalkan sunnah Baginda mengikut kemampuan diri masing-masing. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari untuk memperoleh syafaatnya di akhirat kelak.
Jika kita lupa hari ini, bermulalah dari sekarang. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah.Dalam dunia ini tiada yang terlambat. Nabi tak pernah mengajar kita "terlambat"..masih sempat untuk diperbaiki walau esok nak kiamat..Ingatlah, Allah sentiasa membuka pintu taubatNya kepada kita..
Hidayah itu milik Allah..Janganlah kita leka mengejar dunia kerana ia tak menjamin syurga.
Sekian daripada saya, hamba Allah yang masih leka dan alpa dalam mentaati perintahNya....
"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."
HR. Muslim
We will always be strangers to this world. Just think it like
this, we SHOULD be strangers and never get to comfortable.
This world is like visiting someone you dont know that well.
And when we leave [pass away], inshallah, we would go to
our true home [Heaven]. This world is NOTHING. remember
that!!Time passes fast this world will pass us right before our
eyes. Just remember to stick to the right path.
ALLAHU AKBAR !
JAGA DIRI! JAGA IMAN! JAGA HATI! =)
~Sebarkanlah ilmu ini, semoga ianya memberi manfaat kepada semua....
Fi amanillah!~
0 Comments posted :
Post a Comment