Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, December 29, 2013 | 1:14 AM | 1 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Sahabat, aku cuba menjadikan sunnah Rasulullah dalam bersahabat dengan mu. Aku membulatkan hati menyayangi mu kerana Allah semata. Aku tidak mengharapkan balasan, cukuplah sekadar aku memberi kasih sayang.

bob esponja, cry, cute, gery, sad

Tetapi aku manusia yang lemah jiwanya, mudah tersungkur tatkala dikecewa. Apabila berlaku mcm ni.. separuh jiwaku hilang, ia terbang melayang. Aku menjadi sangat kecewa, dihimpit rasa penuh duka. Hatiku lumpuh dan akhirnya kosong.


Sahabat, aku bukan kejam. Tetapi kecewa ini yang merejam dan menikam. Aku mula menjauhkan diri darimu. Tidak lagi melayan kerenah manismu, sedangkan itu yang sangat aku rindu. Aku semakin pergi, sahabat. Dan aku menjadi semakin keliru bila kau bertindak bagaikan setuju.


Hari ini, kita adalah orang asing tanpa suara. Tiada lagi khabar berita, mahu pun gelak ketawa. Kita seperti tak akan pernah berkongsi cerita, tiada rasa. Aku sering tertanya, adakah hidup kau telah bahagia dan penuh sempurna? Adakah telah kau temui insan paling istimewa?


Sahabat, pernah jua aku bersoal mengapa begini akhirnya kita. Tapi aku sedar, tiada jawapan pada sesiapa. Hanya pada Allah, aku serahkan segala-galanya...


Sahabat, andainya ini perpisahan kita, doakan ia perpisahan yang penuh redha. Mungkin ada rahsia yang belum dapat kita baca. Mungkin juga pertemuan kita dulu bukan kerana Allah semata. Kita mengikut nafsu dan lari dari cinta-Nya.


"Ya Allah jangan biarkan kami di dalam murka-Mu, pimpinlah kami
dan tunjukkan kami jalan benar ke syurga-Mu"


Terima kasih sahabat kerana menjadi guruku yang paling dekat, yang banyak memberikan manfaat. 
Sahabat, jua maafkan aku kerana tidak mampu untuk bersamamu seperti dulu. 
Hanya Allah yang tahu betapa setiap waktu kau aku rindu. 


Hanya syurga untukmu, sahabatku..




1 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... April 19, 2017 at 8:33 AM

best...

Post a Comment