Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, September 22, 2012 | 10:33 PM | 3 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..



Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Sahabat yang solehah
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata


Sahabat yang solehah
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan


Sahabat yang solehah
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa



Sahabat yang solehah
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu


Ketahuilah
Sahabat yang solehah sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang solehah
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran
Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Sahabat yang solehah
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan

Sahabat yang solehah
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan
Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kt bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan





Sahabat yang solehah
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehahmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah
Sahabat yang solehah
Cintailah sahabatmu ini hanya kerana Allah
Kelak Halawatul Iman dapat kau nikmati 
Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga 
Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri

Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Muslim)

*nota hati: awk,,kita sygg awk,,,sy sedih sebab hubungan kita mcm nie,,,Ya Allah,,seyes,kita sedih sgt2,,sy rindu dkt awk walaupun hari2 kita jumpa,,,walau mcm mana kita renggang pun percayalah nama awk x penah sy lupa dlm sujud sy,,saya sayang awkk sgt2,,:') mfkan sy sebab x mampu jd sahabat yg terbaik untuk awk..:'(





3 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... September 23, 2012 at 2:52 AM

ISLAM adalah hidupku IMAN adalah nafasku IHSAN adalah naluriku ISLAM, IMAN dan IHSAN Umpama NYAWA untuk jasadku Hilang ISLAM terkuburlah iktikad hatiku Hilang IMAN wafat tertanamlah jiwaku Hilang IHSAN terdiamlah khusyuk pengabdianku YA RABBI Mohon hambaMU ini Jadikan daku hambaMU ya ILAHI Yang menjadikan ISLAM perahu hidupnya Yang menjadikan IMAN kayuhan hidupnya Yang menjadikan IHSAN hidayah tuju hidupnya YA RABBI Matikan jiwaku dalam ISLAM Tuaikan hatiku dengan IMAN Limpahkan sujudku dengan IHSAN Mohon hambamu..

Blogger ♥ نور فازلينا حميرة ♥ said... September 23, 2012 at 11:29 AM

masyallah,,subhanallah,,,syukran akak..:)

Blogger musafir dunia said... September 23, 2012 at 5:16 PM

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺟﻌﻠﻨﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ﻭﺍﺩﺧﻠﻨا ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﻪ النعيم

Post a Comment