♥ Nur Fazlina Humayra ♥
wahai bakal imamku.:)
Sunday, September 23, 2012 • 11:32 AM • 3 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

♥ Duhai Calon Imamku yang Tertulis Di Luh Mahfudz yg masih Rahsia Allah .
 Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku ,
 dalam setiap tasbih cintaku . Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku , tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku , jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah . Kerana cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga . Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik , bila saatnya nanti ku tunggu engkau dalam gerbang halal yang akan kita bina bersama dan menjalani hidup dalam meraih redhaNya . Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah . Ingatkah tentang kisah Fatimah dan Ali ? yang keduanya saling memendam apa yg mereka rasakan tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah kerana dalam diam tersimpan kekuatan , kekuatan harapan, hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yg diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata,bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba-Nya ♥




“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link