♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Saya Nak Bagi Tau...
Friday, September 30, 2011 • 5:11 PM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Saya nak bagi tau,
Tak apa kalau awak tak nak tau,
Sebab saya saja nak merapu,
Maklumlah otak tengah tepu.

Saya nak bagi tau,
Saya suka baca buku,
Apa buku pun saya serbu,
Sebab saya cintakan ilmu,

Saya nak bagi tau,
Saya takkan berhenti menuntut ilmu,
Walaupun nanti tak ada fulus,
Ilmu tetap didahulu.


Saya nak bagi tau,
Apa yang penting bukan banyak mana ilmu,
Tapi keberkatannya itu,
Semoga diberkati olehNya Yang Satu.

Saya nak bagi tau,
Saya tak nak cerdik 'sikit' dari budak darjah satu,
Saya juga tak nak cerdik 'sikit' dari lembu,
Tapi saya nak jadi seorang yang serba tahu.

Saya nak bagi tau,
Saya tau beza manusia ini pada ilmu,
Beramal dengan ilmu sudah tentu,
Malah itu yang perlu.

Saya nak bagi tau,
Ilmu ni macam lampu,
Penyuluh jalan bila buntu,
So tak adalah sesat ketika memandu.

Saya nak bagi tau,
Saya tau saya takkan jadi seorang yang serba tahu,
Tapi tak apalah tu,
Saya cubalah mana yang mampu.

Saya nak bagi tau,
Saya ni kuat merapu,
Lagi-lagi bila otak tengah lesu,
Maaflah ya kalau awak tak setuju,
Undur diri dulu,
Wassalamu..^^
Ngeh3 =p



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link