Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Thursday, September 29, 2011 | 3:51 PM | 0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Ya..hati wanitaku mudah tersentuh,
mudah sahaja terhiris, 
namun tiada siapa yang mengerti,
tiada siapa yang memahami perasaan ini,
kecuali aku dan Dia...

mereka lihat aku seorang yang kuat,
yang tabah dalam apa jua ujian,
Namun tetap,
hanya aku dan Dia yang mengetahui kondisi hatiku,

dibalik ketabahan itu,
dibalik kekuatan itu,
tangan ini menggeletar,
tubuh ini menggigil,
menahan rasa hati yang seperti disiat-siat..

mana mungkin mereka tahu,
mana mungkin mereka faham,
kerana aku seorang pelakon yang berjaya,
dalam gembira aku sembunyikan kesedihan itu,
dalam suka aku sembunyikan kedukaan itu..

ya..hati wanitaku mudah sakit,
kerana lemahnya aku seorang hamba,
namun aku cuba gagahi jua,
demi mencapai redhaNya...

aku takut menurutkan rasa,
bimbang ada yang turut berkongsi apa yang kurasa,
dan membuatkan aku jauh dari yang Esa...

justeru kupendamkan segala,
menahan rasa dijiwa..
dan akhirnya tumpah jua airmata duka
melepaskan rasa yang terbuku lama...



Ikhlas Dariku Nur Fazlina Binti Mohd Ali.....


0 Comments posted :

Post a Comment