Friday, November 25, 2022 | 4:30 PM |
0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Tadi bukak FB, keluar diwall aku post seorang sahabat yang terlalu sedih mengenang ayahnya yang baru meninggal semalam. Sedih yang Amat baca post tu.
Ya.
Aku pernah begitu .. Rasa hari-hari nak sangat2 menziarahi kuburnya.
Aku pernah begitu... Menjadi serba tidak kena.
Aku pernah merasai jiwaku yang begitu membuak-buak..
Aku pernah begitu rindu hingga hanya ingin menatap pusaranya saja dan berbicara di dalam hati saja.
Aku pernah menangis di kuburnya meluah perasaan .
Aku cakap sambil air mata turun macam hujan "Abah ayin rindu abah. Abah. Ayin dah jadi anak yatim . Abah .. Ayin nak abah"
Aku pernah demam kerana rindu.
Aku pernah hidup dengan makan satu dua suap sehari kerana terlalu melayani perasaan kecewa kehilangan insan ini..
Sakit nya hanya Tuhan Yang Mengetahui. tiada kata yang dapat diluah untuk menggambarkan "sakitnya" kehilangan itu.
Itu semua aku lalui sendiri, dan aku menguruskannya sendiri.
Aku mengerti bagaimana rindu itu menyerang.
Aku mengerti bagaimana rindu itu menyakitkan.
Aku mengerti bagaimana rindu itu menghidupkan.
Itulah rindu.
Bahasa rindu itu tidak mudah diceritakan,
tapi ia sungguh tidak mudah dihilangkan.
Bahasa rindu itu tidak semua mampu memahami,
tapi kau harus tahu, ia cukup menghancur luluhkan jiwa yang sudah tidak tertahan.
Bahasa rindu itu bukanlah sebuah bentuk ketidak-penerimaan kita pada takdir Tuhan,
Tapi sebuah perasaan yang dikirimkan Tuhan sebagai bentuk cinta dan pelajaran tentang kehidupan.
Bukan hati tidak redha tapi hati hanya rindu.
|
Abah Sayang 💖 |
Tapi waktu itu... demi Mak , aku kuatkan hati. aku cuba bangun dari dunia kekecewaan. Kalau aku sebagai anak pun lemah macam mana aku nak kuatkan mak aku.. aku slowly cuba kuatkan hati. Setiap kali lepas solat menangis itu satu kebiasaan. Tapi aku takkan menangis depan mak. aku akan cuba tahan selagi boleh. Waktu tu tiada sapa yang dapat tolong aku walaupun orang2 terdekat walaupun kawan baik sendiri. Waktu tu aku hanya perlukan keluarga.Itu saja.
Semua perkara perlukan masa. Kami satu family masing2 menjadi kekuatan untuk satu sama lain. Menangis sama2...Peluk sama2.. Pergi kubur abah sama2... semua sama2... Apa orang sekeliling cakap, nasihat, semua tak berjaya masuk dalam kepala. Jiwa kosong . Sampai satu tahap kami sekeluarga dah mula "okay" . Barulah kami mula bergaul dengan orang sekeliling balik. Ah perasaan ni takkan dapat lupa sampai akhir hayat aku. 😭
Satu benda yang harus kau ingat. Selagi ada orang tersayang disisi, hargailah la mereka. sayangi mereka. Luangkan masa dengan mereka. Jangan menyesal dikemudian hari. Semua hanya pinjaman. Semua hak Allah. Bila tiba masa Allah pasti akan ambil kembali hakNya. 💕
Masa mendewasakan kita. Pasak dalam otak ketat-ketat satu benda ni.. Selalu kita merasa hidup kita begitu diuji. Tapi selalulah didik hati,dan pujuk hati... bahawa semua ujian itu tidak ada apa nilainya. Tidaklah kita ini diuji dengan sebegitu hebatnya dalam kehidupan. Sesusah-susah kita, masih ada yang lebih susah. Sepayah-payah kita, masih ramai yang lebih payah..
Tidaklah hidup kita hanya berkisar tentang mendung dan gelapnya langit kehidupan, pasti dan pastinya ada sinar kebahagiaan walau di mana jua kita berada.. bukankah Dia mengajarkan kita memulakan Al-fatihah dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? Semua yang Dia ambil pasti dan yakin lah Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Berdamailah dengan Takdir yang Allah dah tentukan untuk kita, Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kita . 💖
Bahagia itu ada walau dalam derita.
Bahagia itu pada jiwa.
Bahagia itu ada pada keimanan dan taqwa.
Bahagia itu ada pada hubungan yang ceria.
Bahagia itu sederhana.
Sekian. Jaga diri. Jaga Hati . Jaga Iman. Semoga kita semua dalam perlindungan dan jagaan Allah Yang Maha Baik , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

0 Comments posted :
Post a Comment