Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Friday, November 25, 2022 | 1:24 AM | 1 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Everybody said, “Follow your heart”. I did, it got broken.”

Hi, malam ni cuma rasa ingn meluah sedikit perasaan . Dah terlalu lama aku pendam perasaan. Terlalu lama aku biar dipijak orang. Terlalu lama aku simpan kesakitan. Luka, koyak, pecah, retak semua aku tutup dengan penafian. Lumrah manusia sifatnya tak pernah puas. Kebaikan yang dilakukan langsung tak dikenang, kesilapan juga yang disebut-sebut dan ditayang-tayang.

Okay berbalik pada topik kita, Sejak kebelakagan ni, aku selalu duduk termenung mengenang nasib yang telah berlalu. Untuk yang tak tahu, tahun 2022 aku berazam untuk lebih mencintai diri sendiri, menyayangi diri sendiri sebab kalau kita tak sayag diri kita sapa lagi yang akan sayang. Tapi penghujung tahun 2022 ni aku rasa mcm sangat pahit untuk ditelan, sudah jatuh tambah pula ditimpa tangga , dah jatuh tangga bergolek lagi. 


 Tahu tak betul cakap orang tua-tua, kadang-kadang yang pahit itulah ubat. Sedang yang manis belum tentu sihat dan selamat. Aku belajar melepaskan, dan aku belajar untuk terima bahawa tidak semua kisah cinta penghujungnya manis. Salah sendiri sebenarnya, jatuh hati pada yang kita tahu kita takkan dapat pun dia. 😭Pengakhirannya? Allah . sakit Ya Allah. Tapi, mungkin pedih itulah yang mendewasakan.



Move on? Allah. Jujur cakap, susah. Bukan tak mencuba tapi hal berkaitan dengan hati ni takes time. Heal Takes time sayang :) Apa saja dalam dunia ni, tak ada permulaan yang mudah. Makan pun susah awak. mula2 belajar makan, terus teratur ke makan nya? tidak. semua perlukan masa.

Satu benda yang aku belajar, dalam hidup ni , Ada perkara, kita dimatangkan dengan pengalaman. Tak kisah pengalaman baik atau pengalaman yang meremukkan jiwa raga. keduanya memberi impak dalam hidup kita. Dan kadangkala , Ada masa, kita dimatangkan dengan ilmu.

Indahnya malam kerana bulan, indahnya hidup kerana Tuhan. Malam ini, rasa macam sedih sakit. Rasa sakit tapi tak dapat diluah. Rasa ingin menangis sepuasnya tapi air mata seakan tak nak memberi kerjasama:') Selepas isyak tadi , lama sikit sesi meluah perasaan dengan Sang Pencipta. Tahu Allah tahu mcm mana hancurnya hati ini tapi saja nak "manja" nak luah perasaan . Allah. ajaib yaa. Rasa sendat pedih koyak semua hilang mcm tu je. Allah Maha Baik. Terima Kasih Allah.💖💕

Penah dengar tak ayat ni:

Talk to Allah like He’s your best friend. When you see something amazing, even though Allah sees it, quietly mention it to Him. When you’re walking home from work, tell Him about your day. Tell him about your plans for the next day when you’re lying in bed. Tell Him about the dream you had, what you want to eat for dinner, tell Him when you’re stressed, tell Him about your family… just talk to Him. You’ll grow closer to him, it’ll be easier to make dua and it’ll be easier to turn to Him in both happiness and sadness.

Allah Yang Maha Baik 

Sekarang aku ingin mulakan "semula" hidup baru. Pasal Hati? Serahkan semuanya pada Sang Pemilik Hati. Bila diri da betul-betul sedia Allah pasti hadirkan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah. Yakin dengan janji Allah.Sekarang i just want to focus dekat manusia2 yang betul-betul ikhlas menyayangi aku, dengan orang2 yang tahu menghargai. Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita ada. Aku jugak nak belajar untuk melepaskan apa yang diluar kawalan - seperti perasaan dan kata-kata orang. Aku nak belajar menghargai, walau cuma ada sesaat saja, aku akan pastikan itu adalah satu saat yang terindah untuk dikenang.

Last but not least,


“Belajarlah untuk berbahagia walau bukan dengan orang yang kita harapkan.”

dan yakin dengan janji Allah,


يؤتكم خيرا مما أخذ منكم

He will give you [something] better than what was taken from you. 8:70




1 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... November 25, 2022 at 10:46 PM

Allah maha Baik. stay strong

Post a Comment