Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, March 15, 2014 | 1:04 AM | 1 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Lama tak on der. Busy wa busy. 

Hijrah- Ramai orang dah hijrah. SubhanAllah alhamdulillah masyaAllah! Heeee (senyumkambing) ..

Baru-baru ni pulak kat KL ada omputeh ucap kalimah shahadah sebab dia nak masuk Islam. SubhanAllah, suci dari dosa. Muallaf :') Ramai juga para ikhwat wa akhawat yang sudah mahu hijrah. Sekali lagi segala puji bg Allah! (Takbir)
Istiqomah- Even dah hijrah, takot takot tak istiqomah. Bukan mudah, kerna syurga tu indah. Usaha, untuk kejar status mukmin/mukminah soleh/solehah dr Allah dan gapai mardhatillah dan Jannah. Doakan aku, kau, dia, dan kalian ^^ (Takbir)

Langit. Langit itu tenang. Indah bukan? Well sebab manusia tak tinggal disitu. Sebab? Tak ada yang melakukan kerosakan dan tidak dikotori dosa. Beramal dan beramal solehlah, supaya disayang Allah dan penduduk langit :)

Hm
Kadang hidayah Allah dah pun datang depan mata.
Tapi saje buat buat buta.
Saje buat buat pekak.
Saje buat buat bisu.
Sedar, hidayah kena cari bukan cuma tunggu jatuh ke riba.

Saat kau mahu berubah, jangan pernah malu. Andai kata dulu kau jahat dan kini mahu jadi baik, orang mula gelar kau hipokrit. Abaikan, hipokrit lg yg tak mahu berubah kerna dia tak malu menumpang dibumi Allah sedang tak mahu taat.

Saat kau mahu berubah, sedarlah, Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang, siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? (Senyum)

Saat kau mahu berubah, jangan pernah rebah. Andai kau tak punya sesiapa. Tak ada kata sokongan. Cuma ada kata herdik dan perli. Cukup kau usaha. Allah ada. Cuba. Satu masa, akan diutus sahabat fillah bersama. Insya-Allah. 

Saat kau sudah bersama lillah, sebenarnya kau sudah bebas. Kau bebas bercerita dan mengadu suka duka. Sebab kau tahu kau punya Allah. Kau bebas pakai apa saje, serba hitam atau tutup semua. Sebab kau tahu, cukup Allah suka kau sudah bahagia sbb kau cantik untuk Dia. Kau bebas, sbb kau tak peduli apa org kata selagi kau berpegang teguh pd agama dan syariatNya. Kau seperti burung yg terbang bebas. Tawakal kau kuat pd Allah, kau serahkan semuanya pd Dia. Tup tup terjadi sesuatu keajaiban tanpa diduga.
Ya kau bebas, sebab kau bersama Allah.

Islam itu mudah. Islam sangat indah. Kita ada Allah. Proud to be muslim. Be a true muslim. Insya-Allah lillah.

Hijrahlah kerana Allah. Kerana Rasulmu. Kerana kedua ibu bapamu. Dan kerana dirimu sendiri. Janganlah masukkan dirimu dalam jurang kebinasaan. Allah tak akan menzalimi seseorang melainkan seseorang itu menzalimi dirinya sendiri.

#PrayForMh370

Wallahu'alam.Wassalam~


1 Comments posted :

Blogger Sir krool said... March 16, 2014 at 10:00 PM

Semoga di perkenan doa mu oleh Allah..anda telah berusaha insyaallah akn peroleh kejayaan kelak.Amin Ya Allah.

Post a Comment