♥ Nur Fazlina Humayra ♥
~Impian
Friday, February 14, 2014 • 5:21 PM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿




Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup….

Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan 
aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana…

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, 
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, 
memimpinku ke arah tuju yang satu…

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat…. 
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, 
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, 
jua hatimu kali pertama kita berpandangan….

Itu janji Allah…

Akan tetapi, 
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, 
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku 
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu….

Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’…
Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak…

Permintaanku tidak banyak, 
Cintai aku bila tiba saatnya…bawa aku ke SyurgaNya..♥



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link