♥ Nur Fazlina Humayra ♥
muhasabah....
Tuesday, June 25, 2013 • 11:35 PM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


hari ini,
barulah kita tahu,
nikmatnya udara yang selama ini kita sedut sambil lewa.

hari ini,
barulah kita terasa,
rindunya pada bahang matahari,
yang memancarkan cahaya.

dan hari ini,
barulah kita tahu,
nikmatnya hujan yang selalu kita keluh kesahkan.

hari ini,
saat kita diuji,
dengan keadaan suram,
udara yang menyesakkan dada, mengaburi mata, 
dan hujan yang tiada kunjung tiba,
barulah kita dapat melihat semuanya sebagai nikmat.
DIA sedang mengingatkan tentang nikmat yang jarang disyukuri,
juga tentang ujian agar kita sabar dan berlapang dada.

Di dunia.
Bila ditimpa musibah, baru nak menghargai erti titis-titis hujan.
Di akhirat.
Bila melihat neraka live depan mata, baru nak hargai Rasul dan Tuhan, Hadis dan al-Quran.


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link