♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Gadis Melayu Terakhir,, haha
Friday, June 28, 2013 • 10:28 PM • 0 comments


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Sebut je gadis melayu terakhir, mesti sorang-sorang terbayang gadis melayu yang ayu, sopan santun, dan lemah lembut budi bicara..


Tapi dalam dunia serba moden apa hari nie, ade lagi ke insan-insan yang bergelar gadis melayu terakhir nie?
Kalau ada pun orang sekarang akan cakap " eh, dia pakai macam tu? Tak de gaya langsung la. Mesti orang kampung nie". Betul tak?







Ciri-Ciri Gadis Melayu Terakhir

1. Sopan-santun, dan lemah lembut. Kalau jalan depan orang tua pun tunduk hormat. Tak suke marah-marah walaupun orang cakap ape pun kat dia..

2.Pandai masak especially masakan kampung.

3. Mempunyai rupa semulajadi yang menawan.. macam lirik lagu Gadis Melayu..(siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat)

4. Pandai pakai kain batik sarung.

5. Bangun pagi2, bukan waktu tengah hari baru nak bangun.

6.Taat pada perintah Allah. Means tak buat perkara yang dilarang.

7.Pandai jahit pakaian. Time raye tak payah susah2 gi tempah baju kat kedai.

8. Rajin tolong mak buat keje. Boleh kemas rumah.

9.Pakaian sopan, tak semestinya pakai baju kurung je.

10. Orang kampung pakat duk berkenan nak buat menantu..

Ha.. amacam. Korang ade tak ciri-ciri di atas? Kalau ade separuh tu kira ok la. Boleh improve lagi...
hahaha.. kita pulak? Allah..-.-'

P/s : Tak taw la nape kita  tulis entri nie..haha. Rase tak de kene mengena pun.. ape2 pun, jom jadi pompuan melayu terakhir...haha







“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link