♥ Nur Fazlina Humayra ♥
KAMI MERINTIH, YA ILAHI
Friday, October 12, 2012 • 7:06 PM • 1 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿



Aku kata “Astaghfirullah”
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..


Aku kata “wa atubu ilaih”
tetapi jasadku masih melakukan dosa sama..


Aku kata “wa nadimna ya Allah”
tetapi kesilapan lalu masih kuulangi..


Aku kata “Subhanallah”
tetapi aku tidak mampu menghayatinya..


Aku kata “Alhamdulillah”
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..


Aku kata “Allahuakbar”
tetapi cintaku lebih kepada dunia..


Aku kata “ma fi qalbi ghairullah”
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..


Aku kata “aku tak layak ke syurga
tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan
aku kuat untuk rasa pedih api neraka..


Aku kata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..


Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia..


Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal..


Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa..


Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata yang bermaksud:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
'Pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan & dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai & dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.


Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya.'"
(Hadith Riwayat Imam Bukhari)



Ya Allah Ya Ghaffur,
ampunilah aku..
ampunilah mereka-mereka yang aku kasihi
ampunilah mereka-mereka yang aku cintai
ampunilah mereka-mereka yang aku rindui
ampunilah mereka-mereka yang aku dampingi
terimalah taubat kami
Sesungguhnya kami hanya seorang hamba yang sangat-sangat memerlukan-Mu..


Dalam aku terkapai-kapai di dalam lautan kekhilafan
Dalam aku terapung-apung di dalam tasik kealpaan
Sedang aku lemas di benua kelalaian
Sedang aku berdiri di puncak keegoaan
Masih ada mereka yang sudi menunjukkan aku ke jalan yang Kau redhai
Ya Allah Ya Samad
Kurniakanlah kebaikan ke atas mereka yang menunjukkan aku ke jalan yang Kau redhai
sehingga ke akhirnya 
Sesungguhnya
Aku hamba yang hina & insan biasa yang tak punya apa
Ya aku punya hanyalah
Engkau, Ya Malik



Dunia adalah lautan yang dalam & telah banyak manusia yang tenggelam.
justeru itu,
sediakanlah perahu untuk belayar & ia adalah Taqwa kepada Allah..
(Luqmanul- Hakim)


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link