♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Hati kecil si tudung labuh
Thursday, October 11, 2012 • 4:37 PM • 2 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

"Ala,kita tudung bawal ja,awak tu tudung labuh kannn..."
"..."
*rasa nak bagi backflip sedas dua*
Hmm..
Dialog ni bermain dalam fikiran saya sampai rasa nak menangis bila fikirkan semula.
Saya fikir dua benda je bila ada orang kata begitu pada saya:


1) dia mempersendakan saya yang bertudung labuh 
2) mungkin dia nak cakap yang manusia yang tuduh labuh ni konon baik baik ja dan dia tudung bawal memang confirm neraka.


Mungkin bunyinya kasar.Atau over sensitive?


Baik. Mari saya muntahkan apa yang saya rasa. dan mungkin kami yang bertudung labuh rasa.
Actually,saya benci sungguh orang klasifikasikan homosapien yang bergelar muslimah ni kepada spesis tudung; bawal,sepat,khemah,tudung labuh,ustazah.and so ever craps that you think. I'm so sick into your totally lame mentality can I say that? Sebab kenapa awak nak pandang orang lain lain macam tu?Lepas tu,layanan awak pun lain.Awak boleh bergelak tawa dan bekerjasama dengan mereka yang sama jenis tudung dengan awak,tetapi dengan kami yang bertudung labuh ni,awak rasa macam," Eleh,ustazah mana reti gelak gelak ni.Lagha.Kan?".Eh,hello...Saya mengaku saya layan Maharaja Lawak okay?Saya gelak juga and sometime I do make jokes. Dan,kalau awak kata bergelak tawa itu lagha untuk orang bertudung labuh, habis kalau kepada yang tak bertudung labuh tu, tak jatuh lagha ke? 


Dan bila sesetengah kawan lelaki tanya,"Kau minat Coldplay?Kau layan Oasis?Kau obses Kawasaki?".with a huge gawked face.kesian.Come on,I'm human too.Normal lah tu kan?Cuma jadi tak normal bila kau bertudung labuh eh?Ke macam mana?Do you expect people yang wearing long hijab ni someone yang conservative,sibuk dengan dakwah,duduk ceruk dapur, and we can do nothing like other people do?Think again.


Berhentilah pandang kami lemah dan anggap kami sempurna.
Tak kira lah kawan rapat ke tidak,saya tetap terasa hati bila orang suka guna ayat tu bila bercakap dengan saya.Apa salah saya bertudung labuh?saya tak hina awak langsung,malah awak yang macam hina diri awak sendiri dengan mengatakan awak hanya seorang wanita bertudung bawal.Apa masalahnya kalau bertudung bawal?Selagi tutup dada,saya tak nampak kecacatan disitu.So,berhentilah making fun of us and start ponder on yourself.You should give some respect to others and please stop naming them based on what they wear.They just try to do what's right. Guten Nacht.Alles Gute!




“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link