Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Tuesday, July 10, 2012 | 8:35 PM | 0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


“Jadilah seperti air, sejuk dan menyembuhkan. Dalam kelembutan ada kekuatan, mampu melekukkan kerasnya batu, mampu merintangi laluan yang berliku, dari hulu ke hilir mengalir tanpa lesu… Bersifatlah seperti air yang juga mengikut bentuk walau di mana ia berada, sentiasa dapat menyesuaikan diri dalam apa keadaan, panasnya menjadi seruap wap sejuknya menjadi sekeras ais”
Ya Allah , aku masih memohon kekuatan dariMu, kekuatan hati yang benar2 sedang diuji. Aku bersyukur atas kurniaanMu ya Rabbi. Dan aku hanyalah seorang hamba, tidak layak untuk aku mempersoalkan segala sesuatu yang telah Engkau kurniakan.
Namun , aku hanya manusia biasa yang menyulam kembali retaknya hati kerana manusia. Kadang aku merasa bahawa hati ini sudah lelah melayan kerenah manusia yang bermacam ragam, sudah tak tertanggung rasanya.

Apakah kelembutan hati kurniaanMu ini, adalh satu ujian buatku. Ya , aku terima , aku telan segalanya demi satu jalinan ukhuwah. Hati ini tetap hidup meski calar dan lukanya parah . tetap sembuh walau berkali berdarah. Itulah lumrah yang terpaksa hati kecil kurniaMu ni lalui. Ia tetap Sembuh kerana hatiku sentiasa berpaut padaMu, sentiasa mencari penawar denganMu.



Pesan aku, buatmu sahabat , kau telah menduga hati ini kesekian kalinya. Namun kubalas dengan kemaafan, bukan maaf yang aku harapkan namun belajarlah teman dari salah yang sama2 kita lakukan dan aku akui kita manusia biasa tak pernah lari dari melakukan kesilapan, berhentilah menunuding jari kearah yang lain sama2 kita bermuhasabah diri. Aku punya salah dan aku akui itu. Kamu juga punya salah yang nyata , namun apakah kamu akui itu. Jawapannya ada pada kamu. Sahabatku selagi Allah menitipkan batas kesabaran yang tebal buatku selagi itu hati nurani ku hidup namun aku tahu sampai satu tahap kau jua akan mematikan hati ini jika , kamu tidak pernah sedar akan silapmu, jangan biarkan kelembutan yang aku titipkan selama ini hilang, dek kerana keegoaanmu sayangku. Tika kau menyatakan sesuatu (jika x benar) , maaf aku katakan hatiku dapat merasakan bahawa kau berbohong padaku.



“jika hanya kamu yang betul, apakah yang lain selalu salah, kerana antara dua hanya satu yang benar2 tepat”



Dan buatmu bernama lelaki, usah kau duga lagi hati kecil ku , aku sekarang bisa menghembus nafas setenangnya. Usah diketuk, takkan terbuka selagi belum waktunya kerana secebis rasa dulu, benar2 mengajar aku .Ya  jua kerana kelembutan hatiku. Memohon maaf meski bukan salah ku, terlalu mudah merasa bersalah meski bukan aku yang cipta kesalahan itu. Luka yang semakin sembuh dek penawar yang Ilahi kirim buatku, ayat2 cintanya benar2 membuat hati yang penuh calar kembali mekar, mewangi. Sudah cukup cukup sudah wahai kamu.


“Cukup cintai dalam diambukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannyabukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYAbukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup”


0 Comments posted :

Post a Comment