Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Friday, July 20, 2012 | 4:23 PM | 3 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Aku termenung seketika dan berfikir sejenak untuk berkongsi luahan hati ini yang sekian lama terpendam dan semakin hari semakin memakan diri sendiri. UJIAN. Rupanya baru sekarang diriku merasai ujian yang berat yang selama ini tidak pernah kulalui. Terasa berat dan sakit setiap hari dan setiap ketika. Ujian fizikal kita dapat lihat melalui pancaindera, tetapi ujian hati dan perasaan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

Dahulu aku terfikir bahawa ‘menangis’ tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah disebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat airmata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah. Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis dari segala-galanya. ‘Kehilangan‘ untuk satu ‘pertemuan‘ yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan berjauhan dengan orang yang ku sayang dan cinta kerana Allah mahu diriku dekat dengannya. Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu dengan Nya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih dari segala yang ada di langit dan di bumi.

Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang dia sedang menungguku dan pasti menjemputku di suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah ini…..

 perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.



.Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah dengan berkat kesabaran pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
Al-Furqan (25) : 75
أُوْلَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَاماً
Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah dari Allah. Allah menguji kerana sayang kepada hambanya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan di kawal dengan sebaiknya. Bukan untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenci oleh Nya. Allah mengajar diriku erti KESABARAN, yang selama ini aku tidak berapa mengenali apa itu yang dinamakan kesabaran. Kesabaran mengajar erti hidup ini.

Moga dirinya sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Kerana dia bersabar dan terus bersabar demi mencapai keredhaanNya. Aku yakin dengan dia dan aku yakin dengan Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ianya hanyalah layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
Al-Mu’minun (23) : 111
إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ
Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, karena kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang .”


3 Comments posted :

Blogger Unknown said... August 20, 2012 at 2:04 PM

salam ya ukhti , ana terlupa minta copy bebrapa entry ukhti. ana dah tercopy dlu sbb menarik minat ana . namun jika ukhti tak bg , ana akn delte semula .. asiff ya ukhti .

Blogger Unknown said... August 20, 2012 at 2:06 PM

salam ukhti , ana minta maaf copy entry ukhti tnpe minx kbenrn , sbb ana terlalu minat . boleh ke ana biar kn sje entry ukhti yg ana copy ? if ukhti tak bg , ana akn delte semula .. mcm mne ? asiff ya ukhti ..

Blogger ♥ نور فازلينا حميرة ♥ said... August 23, 2012 at 1:48 AM

wasalam,,Allahuakbar,,sy izinkan,,sy x kesah lah,,:)

Post a Comment