Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, June 24, 2012 | 2:25 PM | 0 Lovers

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.
Semua pujian hanyalah milik Allah.
Sebagai manusia biasa, yang mempunyai tahap iman yang grafnya sentiasa naik dan menurun, terkadang tatkala iman sedang sakit, kita selalu terasa lemah dan kerdil.
Waktu itu, hati sangat sensitif kan?
Seakan dunia ini kosong, sunyi dan sepi.

Wahai diri.
Renungilah kata-kata ini.
Saat kita merasakan seluruh dunia menjauh daripada kita, sebenarnya masih ada yang selalu ada setia di sisi kita.
Saat kita merasakan semuanya membenci kita, sebenarnya masih ada yang setia mencintai kita.
Saat kita bersedih dan merasakan tiada siapa yang mempedulikan rasa sakit, perit dan sedih itu, sebenarnya ada sudi menjadi pendengar setia rintihan kita.

Dialah Allah.
Tuhan Yang Sangat Mencintaimu, selalu setia ada di sisimu, susah dan senang, lapang dan sempit, gembira dan sedih.
Saat rasa takut, sedih, perit, resah dan sempit.
Letakkanlah tanganmu dan tepuklah lembut bahumu.

Maka, katakanlah, "Jangan risau, kau tidak keseorangan. Engkau masih ada Allah. Cukuplah Allah bagiku kerana Allahlah sebaik-baik penolong dan pelindung. Aku masih ada Allah. Aku masih ada ALLAH.."


Allah itu indah dalam mengatur rencana.
Kelmarin senang, hari ini sakit.
Kelmarin sakit, hari ini senang.
Begitulah.
Esok belum tentu keadaannya.
Tapi kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal untuk berfikir seharusnya berusaha yang sungguh untuk mendapatkan hari esok yang lebih baik daripada hari ini. 

Kamu melihat aku kuat,
Hakikatnya aku lemah,
Kamu melihat aku baik,
Hakikatnya aku hina,
Kamu melihat aku tersenyum,
Hakikatnya aku menangis,
Kamu melihat aku suci,
Hakikatnya aku kotor, jijik,
Saat kamu bilang aku ini sempurna,
Aku menangis bersujud padaNya,
Bukan kerana aku teruja,
Tetapi kerana aku malu,
Malu pada diriku,
Malu pada kamu,
Malu pada Dia,
Tuhan kita,
Kamu tahu, aku ini bukan seperti yang disangka,
Aku juga manusia,
Betapa aku mencuba sedaya mampu,
Berjihad melawan nafsuku,
Aku juga seperti kamu,
Iman aku pernah ternoda,
Hati aku juga pernah digoda dunia,
Lihat, kita serupa bukan?
Jadi berhentilah memandangku mulia,
Hijab yang membaluti tubuhku ini,
Tidak bermakna hatiku juga terhijab serapi sebegitu rupa,
Allah itu sentiasa membolak balikkan hati kita,
Jadi ayuhlah kita saling bersatu,
Kamu membimbingku, aku membantumu..

NotaHati : Lambat atau cepat, semua ada hikmahnya. Percayakan Allah! We'll do the best, Allah do the rest. :')

~*~Walaupun kita berbeza, langit kita tetap sama, Tuhan kita pun sama~*~

Notahati : Andai niatmu sungguh benar, Allah pasti membenarkan!Belajarlah untuk jujur sahabat. Didiklah untuk ikhlas. Dengan manusia kita mungkin boleh hipokrit, tetapi tidak dengan Allah. Ingat, Allah is watching! Muhasabah~




0 Comments posted :

Post a Comment