Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Friday, June 1, 2012 | 4:02 PM | 0 Lovers




Assalamualaikum w.b.t
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sahabat,
Andai saja kalian bisa mendengar luahan dan bisikan hatiku ini.

Sahabat,
Diri ini amat menyayangi kalian,
Dulu kini dan selamanya,
Tiada siapa yang dapat menyangkal semua itu.

Sahabat,
Ukhwah yang terjalin di antara kitra semua,
Ibarat seutas tasbih,
Yang ada permulaan,
Namun tiada penghujungnya.

Sahabat,
Kasihku kepada kalian tidak bisa dibuang,
Hanya Allah SWT yang tahu,
Segala yang terselit dihatiku.

Aku mendambakan agar ukhwah di antara kita
Erat seperti mana eratnya para sahabat dengan Baginda SAW.
Aku inginkan segala permasalahan di antara kita
Diselesaikan bersama.
Aku mahu segala suka dan duka kita satukan bersama.

Wahai Mawar Agama,
Moga ukhwah di antara kita berkekalan,
Di dunia dan di akhirat.

Bersama Redha-Nya kita akan melangkah bersama-sama,
Menuju ke gerbang Cahaya Nur Kasih Ilahi.

Andai ada yang jatuh di antara kita,
Ayuh!
Bangunkan diri ini bersama-sama,
Agar!
Kita tidak merasa sendirian,
Kerana!
Kita sentiasa bersama.
Dan!
Saling memerlukan.

Kita tahu, terlalu banyak khilaf yang telah diri ini lakukan.
Maafkan diri hamba Allah SWT yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan ini.

Kadang kala, mulut ini begitu lantang mengata.
Kadang kala, hati ini diselaputi cemburu buta.
Kadang kala, fikiran ini sentiasa berburuk sangka.
Astaghfirullah!
Maafkan diriku sahabat.

Mungkin diri ini sentiasa lupa akan hati dan perasaan kalian. Maafkan Kita. Insha-Allah. Akan kita sucikan hati, lidah, akal dan pancaindera yang lain dengan izin-Nya. Doakan diriku sahabat.

Ingatlah! Diri ini sentiasa menyayangi kalian wahai Mawar Agama yang sentiasa dirindui Taman Syurgawi. :')

Salinglah mendoakan.





0 Comments posted :

Post a Comment