♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Duhai lelaki.. Muslimah ini..
Monday, June 4, 2012 • 5:39 PM • 0 comments


Duhai lelaki..
Yang diciptakan Allah.. 
Dengan kudrat yg melebihi lawan sejenismu..
Yang diciptakan Allah..
Dengan kebijaksanaan yang tertanding pada mana-mana makhluk..
Yang diciptakan Allah..
Sebagai pemimpin makhluk yang ada dibumi..

Duhai lelaki..
Kasihan kan lah pada muslimah ini..
Jangan dikotori hatinya yang suci..
Hanya melafazkan kata-kata yang hanya patut diberi pada hakiki..

Duhai lelaki..
Tegakah dikau cemari..
Kehormatan muslimah yang sedang membina diri..
Mencari Allah disebalik perih liku-liku hidup yang gila ini..

Duhai lelaki..
Andainya kau sudah tahu muslimah ini..
Sedang memperbaiki diri dan hati..
Mencari cinta Allah untuk memenuhi sanubari..
Jangan diubah pendiriannya dengan madu bicara bisikan hati..

Duhai lelaki..
Al-Quran adalah pegangan dan petunjuk bagi kehidupannya ini..
Jangan kau tega sekali..
Kerana dikau.. Muslimah ini menjualkan nama Al-Quran untuk penuhi nafsumu yang menguasai..
 Sehingga terbit sesalan diri..
Terasa dosa menyelubungi sehingga Kiamat nanti..
Apakah kau sanggup melihat dirinya dilemparkan pada neraka Allah yang berapi-api?

Duhai lelaki..
Terbit rasa soleh mu hanya pada Ilahi..
Cintai Allah sepertimana dirimu mencintai diri sendiri..
Simpankan kata lafaz cinta dan rindu untuk isteri mu nanti..
Kerana Muslimah ini..
Tak ingin mengumpul dosa tapi ingin mencari pahala walau kecil sekali..

Duhai lelaki..
Muslimah ini ingin menjauhkan diri..
Kerana.. Perhubungan ini adalah fitnah duniawi..
Selagi lidah tak melafazkan akad yang suci..
Selagi itu jangan kau cuba hampiri..
Muslimah ini mencari Allah nya yang hakiki..
Kerana dirimu lelaki..
Mampu meruntuhkan kebaikan yang dilakukan selama ini..
Dan merosakkan akhlaknya sedikit demi sedikit tanpa sedari..

Ingat itu duhai lelaki!!






“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link