Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Tuesday, January 10, 2012 | 12:29 AM | 0 Lovers


Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...




:: Apabila berhadapan dengan masalah, sepatutnya diri ini sedar sendiri yang Allah akan kurniakan jalan keluar. Perlu sentiasa percaya dengan janji Allah. Perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah. Perlu yakin yang setiap yang terjadi itu adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk diri ini. Tapi kenyataannya, benda tu yang selalu kita lupa. Walaupun  tahu hakikatnya. Setiap perkara yg bruk bukan utk dijauhi. Tapi dekatilah mga ianya menjadi satu kekuatan bt seseorg dlm mendepani segala masalah :: 




0 Comments posted :

Post a Comment