♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Wahai Diri
Friday, January 6, 2012 • 12:31 AM • 0 comments




Longlai membisu tanpa kata,
Jatuh terjelepuk tertunduk rebah,
Apa akhirnya ini yang aku mahukan?

Dambaan ini terlalu memuncak,
Tapi alirannya belum mencukupi,
Kosong walau diisi,
Kekeringan walau dipenuhi,
Kehilangan walau ditaburi janji

Betapa gilanya hati merana,
Betapa meracaunya jiwa yang sengsara

Wahai diri yang meratapi,
Bangunlah walau engkau separuh mati,
Biarkanlah langkahan semalam berlalu pergi,
Berdirilah hari ini dengan azam yang suci

Mantapkanlah setiap jejakmu,
Laluilah walaupun penuh berliku,
Bukankah ini yang dicari dirimu?

Perjuangan ini masih belum berakhir,
Gunakanlah sisa yang masih berbaki,
Kudrat terakhir julung kali ini,
Semoga ia direstui Ilahi,
Aku memohon Ya Rabbi

 "BANTULAH DIRI INI YA RABB..AMINN..:)"



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link