♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Perjalanan Ini,,;)
Saturday, December 10, 2011 • 6:01 AM • 0 comments


Tercungap aku berlari,
Ribuan gunung telah aku lalui,
Seribu onak telah aku hadapi,
Segala luka tiada mencukupi

Tercungap aku berlari,
Tanpa memandang ke kanan dan ke kiri,
Minda ligat berpusing tanpa henti,
Segala keringat tiada memenuhi


Termengah-mengah aku minta diberhenti,
Termengah-mengah aku minta dibelasi,
Beri aku sedikit waktu!
Beri aku secebis masa!
Beri aku sehembus tenaga!
Bila aku tiada lagi berupaya


Tertunduk aku menghadapnya,
Beri aku kekuatan Ya Ilahi,
Tiupkan aku semangat Ya Rabbi,
Jangan dibiarkan aku rebah di sini


Nafas dihirup sepenuh kekuatan,
Perjalanan ini masih beribu batu ke hadapan,
Dugaan tinggi rendah begitu menjunam
Semoga aku kan terus bertahan




“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link