Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, December 10, 2011 | 3:14 AM | 0 Lovers





Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’,ayat 32 :
“DAN JANGANLAH KAMU DEKATI ZINA,
KERANA SESUNGGUHNYA IA PERBUATAN TERKUTUK DAN BURUK PADAHNYA”

Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu,
Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu,
Belum TENTU lelaki kau puja ADALAH suami mu,
Belum TENTU lelaki kau benci ADALAH suami mu,
Belum Tentu lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu

Indah ke cinta remaja?
Kalau benar itu cinta..,
Hanya pada Allah SWT tempat bergantung harap,
curahkan segala harapan dalam doa,
kawallah diri dan jagalah cinta itu agar tidak tercemar dengan nafsu dan noda
kawallah hati agar tak pernah lupa akan Tuhan yang mencipta
jangan patah hati hingga memakan diri
sedang Allah lebih mengetahui dan
Dia telah merancang yang sebaik-baiknya bagi tiap-tiap ciptaan-Nya.

Tanya pada hati..Apa yang sebenarnya kita cari dalam hidup?
Cari cinta yang kita agung-agungkan sedangkan sifatnya sementara,sekelip mata boleh lenyap?
Kita sibuk bercerita;
‘si polan minta couple dengan aku’
‘Nak pakai baju apa nak dating esok?’
‘Ak nak belikan couple T-shirt,couple ring untuk dia la’
‘Apa nak bagi untuk birthday dia ek?’
‘Dia ajak lepak-lepak kat bandar’
‘Mana ada kitorang pegang-pegang’
‘hari tu dia ajak jumpa,dia peluk aku,dia sweet’
‘dia suka aku,dia kata aku cantik’
‘waktu malam and petang dia bonceng aku round satu taman’
‘Dia pimpin tangan aku,dia kata tangan aku lembut,dia kata dia sayang aku’
‘kitorang ambil gambar sama-sama,dia rapatkan bahu and pipi dia kat pipi aku,dia kata nak masukkan fb,nak wat default picture fb’
‘dia nak wat in relationship with aku kt fb,bahagianya..semua orang tau..’
Nauzubillah hi min zalik
lekanya dengan cinta nafsu..
seronoknya dengan cinta yang tak halal..
hingga terbang melayang perasaan malu dalam diri
lantas maruah dan harga diri terus lenyap juga dosa bertambah..



Kemudian suatu masa kita sibuk menangis,menjerit,meraung;
‘dia tipu aku’
‘dia curang dengan orang yang aku kenal’
‘dia ambil kesempatan sebelum dia tinggalkan aku’
‘aku nak bunuh diri,aku bunuh dia,tak guna aku hidup lagi’
Lalu terbitlah dendam yang tak bertepi dan menzalimi diri sendiri dengan bertindak bodoh



..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki,
berhenti dan cuba FIKIR kembali..
adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya?
Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati?
atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu?
Adakah insan seperti dia yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA?

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING,
sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..
lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..
BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..
YAKIN dengan JANJI Allah..
orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK


Tanya pada hati…mana dia cinta untuk Allah?
bukalah mata luas-luas,bukakan pintu hati yang tertutup itu.
Semua manusia tak sempurna,semua pernah buat salah dan dosa
tapi Jangan kata ‘nanti Hidayah tu akan datang sendiri’
Alhamdulillah andai hidayah petunjuk itu datang sendiri
Tapi sedar tak bahawa Allah uji untuk kita minta pertolongan pada-Nya dan sedar bahawa kita leka?

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“hendaklah setiap orang daripada kamu memohon kepada Allah apa-apa yang dia perlukan,walaupun meminta daripadaNya tali kasutnya yang terputus.”(Mishkat al-Masabih,hadis hasan)
Dia uji kita supaya kita berdoa,
Ya Allah,kurniakan aku ketenangan,dekatkan aku denganMu,
Ya Allah,izinkan aku mencintaiMu,
mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiMu,
serta mencintai segala perkara yang membawa cinta kepadaMu’ atau sebagainya..
Agar kita mohon setiap hari dan akhirnya Allah pasti bagi jalan untuk mendekati-Nya,insyaAllah.
Betapa cintanya Allah SWT pada hambaNya
Dia cipta hambaNya lengkap dengan kebaikan dan keburukan
supaya saling melengkapi,supaya sentiasa bersyukur..

Pernah tak kita risau nak pakai apa jumpa Tuhan
sebagaimana kita runsing nak pakai baju apa supaya kekasih tak halal terpesona pada kita??

Pernah tak kita berterima kasih pada Allah yang memberi kita nafas,
sedangkan kita berterima kasih pada kekasih yang tak halal apabila dia memberi hadiah?

Pernah tak kita menangis dalam sujud dan doa kerana merintih kepada-Nya,
Sedangkan kita menangis sampai mata lebam kerana kecewa atas sikap kekasih yang tak halal itu?

Pernah tak memuji-muji Allah dengan zikir sebagaimana kita puji orang yang kita sayang?

Pernah tak sebut nama Tuhan berkali-kali
sebagaimana kita sebut-sebut nama kekasih yang tak halal itu?

Pernah tak kita berusaha dan meluangkan masa demi membaca dan menghayati kalam Allah yakni Al-Quran sepertimana kita menyanyi sepenuh hati semata-mata demi kekasih hati yang tak halal itu?

Pernah tak rasa dalam hati bahawa kita menyayangi Allah,merindui Rasulullah,mengasihi ibu bapa
Sepertimana kita seronok mencintai yang bukan halal untuk kita??


Sahabat yang tersayang..
Jatuh cinta bukan satu kesalahan, kerana ianya satu fitrah dan lumrah..

Tetapi melayani cinta SEHINGGA TENGGELAM DALAM KELALAIAN,
itulah sebenarnya satu kesalahan dan kesilapan,
kerana seharusnya cinta sesama insan itu harus diisi dan disaluti dengan keimanan dan ketaqwaan,
tetapi..bagaimana ingin mengisinya dengan keimanan dan ketaqwaan SEKIRANYA SIBUK DAN ASYIK MELAYANINYA SAHAJA DALAM KEHIDUPAN,
HINGGA ALLAH TA'ALA TURUT JUGA DILUPAKAN??



Jangan fitrah menjadi fitnah..!

Berusahalah dalam menggapai cinta dan redha Allah walaupun sukar,
kerana itulah yang lebih penting berbanding mengharapkan cinta manusia.
Jangan terluka jika dia yang kita sayang itu bukan milik kita,
kerana Allah lebih terluka apabila Dia yang sentiasa sayang hambaNya mengetahui bahawa tiada Dia dalam hati kita!
Katakanlah..ma fi qolbi ghairullah,‘tiada di hatiku selain Allah’.
Tak perlu kejar cinta manusia,sayang..
malulah pada diri sendiri kerana tak mengejar cinta Maha Pencipta,malulah..
Kembalikan seluruh hatimu pada yang berhak yakni Allah SWT,
diujinya manusia walaupun SEKECIL-KECIL ujian kerana hamba itu melupakanNya.
Letakkan Allah di tempat pertama dalam hatimu,
Dialah yang mencipta rasa cinta dan sayang,maka Dia berhak memadamkan rasa itu.
Yakinlah pada ALLAH SWT..,
Dengan mengingatiNYA hati menjadi tenang
Dengan mengingatiNYA baru terasa hidup ada tujuan

Mencintai seseorang itu adalah hak kita,
namun MEMILIKI SESEORANG YANG KITA CINTAI TANPA IKATAN RASMI itu bukan hak kita.
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki.
Dia pasti akan kembali,andainya Allah mentakdirnya dia untuk kau miliki,
atau Allah akan mengganti dengan yang jauh lebih baik dari yg sekarang kita cintai.
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yg bukan menjadi hak kita,
jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu..
kerna mencintai tak bermaksud memiliki..tapi memiliki itu kerana mencintai..

Jangan putus asa untuk berubah menjadi hamba Allah swt yang baik..
Baik di sini adalah baik mengikut neracaNya,
Bukan mengikut neraca manusia semata-mata,
Jangan putus asa kerana allah itu Maha Pengampun..
Jika jatuh, jika tersungkur, jika tertewas di tengah usaha,
Jangan sesekali berhenti untuk bangun semula..
Sesungguhnya Allah mengira usaha kita, bukan natijahnya..

BILA ALLAH ADA DI DALAM HATIMU, KAMU SEOLAH-OLAH MEMILIKI SEGALA-GALANYA..
ITULAH KEKAYAAN,KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI..
Yakinlah dengannya



“simpan cinta untuk suami yang sah.simpan mahkota dan kesucian untuk suami yang berhak.
Biarlah orang lain nak pegang-pegang.tapi kita sekali-kali jangan.Bina kubu pada dirimu,nescaya Allah bantu kita bina kubu yang lebih kukuh pada imanmu.Bina pagar sementara pada kehormatanmu,sebelum Allah ganti dengan title “Muhsanat”(isteri orang yang terpelihara dengan pagar khusus)dengan perkahwinanmu”

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri.
Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam.
Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang,
dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.
Apa yang boleh kamu usahakan Hawa IALAH BERDOA AGAR ADAM YANG DATANG ITU
ADALAH ADAM YANG BERAGAMA, BERAMAL DENGAN AGAMANYA DAN PUNYA AKHLAK YANG BAIK.
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.

Lelaki soleh hanya tenang menanti si dia (kamu) BERUBAH MENJADI SOLEHAH sedikit demi sedikit. 

Ya Allah… kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
kabulkan ya Allah…kerana hati kami teramat lemah…

oh Allah,
kami mohon ampun
atas dosa selama ini
dosa-dosa kami..andai tak menjalankan perintahMu
andai tak pedulikan NamaMu
andai tenggelam melupakan diriMu
oh Allah,
sempatkanlah kami untuk bertaubat
untuk hidup di jalanMu
untuk penuhi keewajipanku
sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..



0 Comments posted :

Post a Comment