Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Wednesday, September 7, 2011 | 4:21 PM | 0 Lovers



redhalah segala takdir Allah kepada kita...
agar Allah meredhai kita pula..
maaflah segala kesalahan manusia lain kepada kita...
agar Allah memaafkan kita pula..
tutuplah aib manusia lain di dunia...
semoga Allah menutup aib kita di akhirat kelak..
tunaikanlah permintaan manusia lain hari ini...
semoga Allah menunaikan permintaan kita esoknya..
bukankah..dunia ini tempat persinggahan sementara...
dan kita akan berangkat pada bila-bila masa sahaja...
bukankah jadual penerbangannya telah ada....jangan di lupa...!!!
................................................

Salam kasih sayang..
salam sejahtera berpanjangan,
salam kemaafan...
dari sudut hatiku yang terdalam.

Sayang..
apa khabar jiwaku,
apa khabar kesihatanmu,
apa khabar keluargamu semua,
apa khabar rasamu...
bahagialah hendaknya.

Sayang..
semoga semuanya baik-baik sahaja,
semoga tenang jiwanya.
bersama keluarga..

Sayang...
awan berarak bayu mengelus,
tidak ku sangka alam gelumat,
ribut menghentam di mana kamu?
tiada perkhabaran rindu..
seperti selalu..

Sayang..
aku percaya semua itu takdir Allah,
kita hanya menjalaninya bila sampai masa,
Allah lebih tahu lebih mengasihi kita,
segala yang terjadi punya hikmah.
terima redhalah segala.

Sayang..
hamba itu selayaknya redha,
hamba itu kerjanya patuh,
hamba itu hendaklah selalu sujud,
hamba itu harus berdoa dan berserah.
pada Allah sandaran cinta.

sayang..
andai kasih jiwa pasrah,
andai cinta jiwa berkorban,
andai bergantung hanya pada Allah,
kembalilah kita kepada Allah..
harap rahmat kasihNya.

~salam kasih sayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."


0 Comments posted :

Post a Comment