♥ Nur Fazlina Humayra ♥
LUPAKAN BEKAS KEKASIH.
Tuesday, September 6, 2011 • 10:03 PM • 0 comments


hey bloggie ;) Assalamualaikum.
pernah dengar tak ayat ni ?
"kita memerlukan seminit untuk mengenali seseorang, sehari untuk jatuh cinta, tapi kita memerlukan bertahun-tahun untuk melupakan seseorang "

mesti korang pernah dengar kan . ayat ni lebih kepada orang yang putus cinta. mesti korang setuju dengan ayat kat atas tu. ina setuju kalau putus cinta dengan orang yang kita anggap 'cinta matii'. orang dah kahwin pun takde cinta mati ,kalau seorang mati , takkan nak ikut kann ? :D


kebanyakan perempuan sekarang ni senang je nak anggap seseorang lelaki tu cinta mati dorang . sebab apa ?
sebab dorang rasa bekas kekasih dorang tu la yang terbaik yang dorang pernah jumpa . gurls ! don't do that okayhh ?
memang la. masa bercinta semua manis . yang pahit pun kau kata manis jugak. sebab sayang punya pasal.
so , kat sini . wani nak kongsi tips sikit pasal nak lupakan bekas kekasihyang korang rasa cinta mati tu . apa yang wani nak kongsi ni , tips dari pengalaman wani sendiri okayyh ? jom tengok satu-satu.
1. menangis sepuas-puasnya.
ni memang perempuan selalu buat. sikit-sikit nangis .tengok hindustan nangis,baca novel nangis, tengok citer korea pun nangis. kira perempuan ni memang hebat kalau bab2 nangis. sebab senjata perempuan pun air mata.
lepas dah break up takyah la nak buat kerja bodoh terjun bangunan bagai. korang menangis la puas-puas. insyaAllah lega sikit.
oh ye , kalau nak menjerit pun boleh jugak . takpun beli punching bag . kau tumbuk la puas-puas. hikhik.
2. berkongsi dengan member
pastikan korang berkongsi dengan member rapat! sebab member ni lebih memahami kita. silap aribulan , dia pun nangis sebab nak berkongsi kesedihan. >.<
bila korang share dengan member luahkan segala kesakitan yang korang alami . memang sakit der bila putus dengan orang yang kita sayang , sakit2 !
tapi kalau kawan kau tu jenis nak blame kau je , kau cili kan je mulut dia . takpun kalau baik sikit , kau sepak je muka dia laju2 .
3. berfikir sepositif mungkin.
bila dah clash ni , mula la kau nak cari salah bekas kekasih kau . Don't gurl !buang masa je nak cari kesalahan orang lain . mungkin ada jugak salah pada diri kita yang kita sendiri kita tak nampak .
orang tua-tua kata ape ,
"kuman seberang jalan kau nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak ."

sekurang-kurangnya clash masa bercinta , bukan masa dah kahwin . kalau masa tu , Mak Jemah tak dapat nak tolong nokss ~
4. ada hikmah disebaliknya
bersyukurlah . apa yang terjadi pada kita semua ada hikmah . mungkin diabukan yang terbaik untuk kita . ada lagi yang lagi baik , lagi kaya , lagi hensem dan semuannya lebih la dari bekas kekasih kita.
pengalaman mengajar kita untuk lebih matang kan ? nilai lah seseorang dengan berhati-hati.

5. Delete segala memori
yang ni susah sikit kot perempuan nak buat. tapi tak mustahil. cuma ambil masa. tapi gegurl sekalian , tolong jangan ingat segala memori2 yang manis lepas kau dah clash . jap lagi air mata berjurai.
kalau boleh , kau buang je la apa2 yang berkaitan dengan bekas kekasih tu. nanti asyik terkenang je , kan dah susah. come on gurl , make a move !
6. berkawan selagi boleh
bila dah single ni , lagi senang kau nak berkawan dengan sesiapa . takde nak fikir kena jaga hati orang ke . kena inform bf ke . dan masa ni lah korang nak mulakan buku baru .
mula-mula memang susah babe nak berkawan dengan lelaki. sebab rasa macam phobia , trauma bagai . tapi perlahan-perlahan lah . don't push yourself. tak semua lelaki tu jahat . masih ramai lagi yang baik . tapi kita kena bijak memilih .
7. Berdoa
ini jalan terakhir. korang berdoa je la .
"Allah mendengar doa setiap hambaNya."
berdoa supaya nikmat cinta tak ditarik oleh Allah dan berdoalah semoga Allah mengurniakan insan yang baik untuk kita. insan yang dapat mendekatkan kita dengan Dia. InsyaAllah .
hah . ni lah yang wani buat lepas wani clash ! huhahah . bukan nak bangga weyh . tapi segala yang wani cerita ni . wani buat . time will cure your pain . tak perlu risau.
satu je pesan wani
"buktikan pada bekas kekasih yang sebenarnya dia rugi tak memiliki kita" .

chill ye sayang-sayang sekalian ;)


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link