Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Wednesday, August 24, 2011 | 10:10 PM | 0 Lovers



GADIS IDAMAN


gadis itu
wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
dialah puteri indah RUPAWAN.

tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA,

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cinta-Nya.

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
INDAH dipandang namun sangat sukar untuk DIPEGANG,
MULIANYA kerana KETAQWAAN..
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..


Sahabiahku sayang,
mahukah kalian menjadi gadis idaman ini..??? seandainya benar,jagaila semuanya wahai sahabiahku sayang... yang kita harapkan adalah keredhaanNya sayangku.. bukan pandangan baik dari masyarakat dan bukan jugak kerana ingin menjadi pujaan si arjuna.. cukup seandainya hidup kita tersuluh dengan Nur-Nya.. kita akan sentiasa tenang...

pesanku padamu wahai sahabiahku sayang,
janganla kerana ikutan atau trend kamu berpakaian seperti ini,sebaliknya lakukanlah semuanya kerana Dia..
sahabiahku sayang,
DIA terlalu penting didalam kehidupan kita,
tanpaNya kita lemah,
tanpaNya kita pasti kan tewas...
sahabiahku sayang,
ingatla kerana dengan 'belaian2Nya'lah kita bangkit,
bangkit menjadi nisa' yang kental di medan jihad,
bangkit menjadi nisa' yang tabah mengharungi segala onak duri,
bangkit menjadi nisa' yang penuh dengan kesabaran demi keredhaanNya,
bangkit menjadi nisa' yang sangat mensyukuri segalanya...

sahabiahku sayang...
hidupla keranaNya..
hidup ini x semudah disangkakan
dan x jugak seindah yang di gambarkan...
bangkitla menjadi seorang mujahidah solehah...!


0 Comments posted :

Post a Comment