Friday, December 23, 2022 | 6:24 PM |
0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Bila perut itu lapar
Dan perut itu diisi dengan sesuatu yang rosak
Diisi dengan sesuatu yang bukan sepatutnya
Ataupun dibiarkan kosong tanpa isi
Maka perut itu akan pedih kesakitan.
Begitu juga dengan hati, jiwa & iman
Andai sahaja hati, jiwa & iman itu diisi dengan sesuatu yang 'rosak'
Diisi dengan sesuatu yang 'bukan sepatutnya'
Ataupun dibiarkan 'sepi tanpa diisi'
Maka hati, jiwa & iman itu akan meronta keresahan, kegelisahan.
Siang bersilih malam.
Panas berganti dingin.
Mentari menanti kelam.
Guruh memecah hening.
Sedangkan sakit takkan kekal selamanya
Begitu juga sesuatu yang indah takkan abadi senantiasa
Manakala mati menunggu detik masanya kita.
Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, Maka Sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(Al Israa, 17: 25)
Monday, December 5, 2022 | 12:22 PM |
0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
"sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan atau hanya satu kebetulan"
(Kenny Remy Martin)
Tuntuni hatiku agar setiap bentuk pergantungan kupasakkan sepenuhnya padaMu.
Ya Mujiib,
Selimuti jiwaku dengan kekuatan & ketenangan hatta diriku sendiri tidak pernah sesekali menjangkakan.
Ya Qadiir,
Kuserahkan tubuh & jiwa ini atas segala bentuk ketentuan yang mendatang..
Kerana setulusnya aku percaya,
Kaulah yang Maha Mengetahui segala apa yang di langit & dibumi
Kau Maha Mengetahui hanya yang terbaik buat hamba hambaMu yang tidak berputus harap walau secuma kali
baik dimasa lalu, kini & yang bakal mendatang harinya nanti.
Ya Allah Ya Hadi,
Pimpini tiap langkahku yang tidak pernah terlepas dari lumpuran dosa & nista menuju redha & cintaMu yang beralamatkan syurgaMu yang hakiki.
Ya Allah Ya Mu'izz,
Tuntuni hatiku agar menjadi hamba & pencinta yang setia tanpa mengira waktu jua ketika
Kerana aku sedar, aku'mati' tanpamu
Selalu saja Kau 'kutip' aku kembali
Meskipun aku 'tergelincir' berulang kali
Hinanya aku..
Tuesday, November 29, 2022 | 3:38 PM |
0 Lovers
بسم الله الرحمن الرحيم
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
(Al Ra`d, 13: 28)
Kau mahukan permata,
Tapi Dia hadiahkan kau kaca.
Bukan nilai yang menjadi utama,
Tapi agar kau tak pernah lupa
Dari alpa mensyukuri & mentaati Dia.
Kau inginkan hanya yang suci seperti putih,Tapi Dia kurniakan yang hitam.
Jangan kau terus tenggelam
Dari memahami tenangnya hitam seperti malam.
Kau dambakan kerasnya seperti besi.
Tapi Dia berikan kau sebentuk kayu.
Jangan kau tak tahu besi juga bisa karat layu.
Andai saja kayu itu diukir menjadi bayu
Terubat hati itu yang sayu.
Jangan pernah dibandingi
Sesama sendiri
Kerna kau terlupa betapa bahaya yang namanya penyakit hati
Akhirnya hati itu mati.
Jangan terlupa walau sedetik cuma untuk mensyukuri
Berdirinya kita bukan atas kaki sendiri
Tapi dengan izin Ilahi. 💖