Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Monday, December 5, 2022 | 12:22 PM | 0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

"sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan atau hanya satu kebetulan"
(Kenny Remy Martin)

 


Ya Latiif,
Tuntuni hatiku agar setiap bentuk pergantungan kupasakkan sepenuhnya padaMu.

Ya Mujiib,
Selimuti jiwaku dengan kekuatan & ketenangan hatta diriku sendiri tidak pernah sesekali menjangkakan.
 
Ya Qadiir,
Kuserahkan tubuh & jiwa ini atas segala bentuk ketentuan yang mendatang..
Kerana setulusnya aku percaya,
Kaulah yang Maha Mengetahui segala apa yang di langit & dibumi
Kau Maha Mengetahui hanya yang terbaik buat hamba hambaMu yang tidak berputus harap walau secuma kali
baik dimasa lalu, kini & yang bakal mendatang harinya nanti.
 
Ya Allah Ya Hadi,
Pimpini tiap langkahku yang tidak pernah terlepas dari lumpuran dosa & nista menuju redha & cintaMu yang beralamatkan syurgaMu yang hakiki.
 
Ya Allah Ya Mu'izz,
Tuntuni hatiku agar menjadi hamba & pencinta yang setia tanpa mengira waktu jua ketika
Kerana aku sedar, aku'mati' tanpamu
 
Selalu saja Kau 'kutip' aku kembali
Meskipun aku 'tergelincir' berulang kali
Hinanya aku..





0 Comments posted :

Post a Comment