♥ Nur Fazlina Humayra ♥
SEMUA KAU !!
Monday, August 24, 2015 • 4:39 PM • 1 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

memang payah..
andai kau berharap bukan pada Allah..
sedikit kecundang, mula berburuk sangka pada Allah..
sedangkan Dialah menjagamu hingga saat ini..

memang sakit,
andai kau berikan hati, sepenuhnya tidak pada Allah..
sekali retak, seperti tiada lagi penawar..
sedangkan hanya Dia pengubat segalanya..

memang buntu,
andai kau mencari jawapan tanpa berbalik kepada Tuhan..
bukankah Dia yang menguji?
maka seharusnya Dialah tempat kita kembali..

ku pesan pada hati,
berbalik pada Allah,
pegang utuh hanya pada Allah..
andai engkau semakin menjauh,
andai engkau tersesat..
bukan kerana Allah, tetapi kau!
kau yang melepaskan tali ikatanmu dengan Allah..




“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link