|
❝ Someone Like U ❞
Sunday, May 11, 2014 | 12:42 AM | 2 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Lama kita tak ketemu ya. Rasa macam banyak benda nak cerita, tapi.. Tapi lidah kelu tak terungkap bicara. Moga sentiasa dalam jagaanNya ya.
Hati.. Bahagian paling sukar difahami. Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia. Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita. Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya. Kadang menghegeh mencari ruang. Menebar rasa yang lama terpendam. Mencari ruang untuk menyembuh. Dek luka semalam.
Belum sembuh, barangkali.
Jiwa.. Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula. Perit lagi ya? Jangan kau simpan diam-diam dalam dada. Luahkan. Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama. Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.
Sukar kan. Memapar senyum. Membalas tawa. Saat diri terbenam dalam duka. Kau sendiri pernah rasa kan?
Karena itu. Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang. Kita, jangan sesekali hina hidup orang. Jatuh bangun dia. Naik turun dia. Cuma Allah tahu. Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu. Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita. Berhentilah. Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia. Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.
Dulu, pernah ada yang bilang,
"Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya."
Ketahui-lah. Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan. Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia. Puas. Kau akan puas. Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang. Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka. Bisik sama hati,
"Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia".
Satu benda kau kena faham. Satu benda. Kita ini, bukan kuat mana. Bukan tabah mana. Bukan cekal mana. Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi. Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat. Ingat Tuhan. Cari Tuhan.
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
"Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? " "Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati."
Moga nanti kan kau fahami. Hikmah-hikmah yang ter-alir. Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ; Syurga.
"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku" [Maryam:4]
………………
Kekal tegar ya, Moga Allah menjaga.
The Writer
Pwincess Fazlinoninonino
: Bila rasa sedih, pejamkan mata dan katakan dalam hatimu,
“ Inilah perjalanan hidupku. Allah yang letakkan aku di sini. Semua ini perancangan Allah. Aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya.
Dan aku terima Qada dan Qadar diriku. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahNya. Terima kasih Allah kerana mengasihiku.
Tinta hati
♥ Ketika hati bersedih untuk memilih.. Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki segunung perasaan muram.. Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh.. Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa.. Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang2 yg SABAR. :)
About this blog
Jika Allah tidak mengizinkan kamu mendapatkan seseorang yang kamu impikan,semoga Allah memberikan seseorang yang sangat mengimpikan kamu. Jika Allah tidak mengizinkan kamu bertemu seseorang yang kamu rindui,semoga Allah menemukan seseorang yang amat merindui kamu. Jika Allah tidak mengizinkan kamu bersatu dengan seseorang yang kamu cintai,semoga Allah menyatukan kamu dengan orang yang sangat mencintai kamu..Amiiiin... In sha Allah.. .
-Fazlinoninonino
Dear Self
Allah Maha Baik
Linkies
“Once you lose someone, it is never exactly the same person who comes back.”
Sunday, May 11, 2014 | 12:42 AM | 2 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Lama kita tak ketemu ya. Rasa macam banyak benda nak cerita, tapi.. Tapi lidah kelu tak terungkap bicara. Moga sentiasa dalam jagaanNya ya.
Hati.. Bahagian paling sukar difahami. Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia. Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita. Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya. Kadang menghegeh mencari ruang. Menebar rasa yang lama terpendam. Mencari ruang untuk menyembuh. Dek luka semalam.
Belum sembuh, barangkali.
Jiwa.. Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula. Perit lagi ya? Jangan kau simpan diam-diam dalam dada. Luahkan. Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama. Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.
Sukar kan. Memapar senyum. Membalas tawa. Saat diri terbenam dalam duka. Kau sendiri pernah rasa kan?
Karena itu. Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang. Kita, jangan sesekali hina hidup orang. Jatuh bangun dia. Naik turun dia. Cuma Allah tahu. Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu. Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita. Berhentilah. Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia. Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.
Dulu, pernah ada yang bilang,
"Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya."
Ketahui-lah. Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan. Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia. Puas. Kau akan puas. Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang. Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka. Bisik sama hati,
"Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia".
Satu benda kau kena faham. Satu benda. Kita ini, bukan kuat mana. Bukan tabah mana. Bukan cekal mana. Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi. Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat. Ingat Tuhan. Cari Tuhan.
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
"Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? " "Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati."
Moga nanti kan kau fahami. Hikmah-hikmah yang ter-alir. Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ; Syurga.
"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku" [Maryam:4]
………………
Kekal tegar ya, Moga Allah menjaga.
|
2 Comments posted :
ana terluka ana menangis
ana terluka ana mengadu kepada Allah Yang Esa,,, :D
walaupun ana tidak mengerti keseluruhan maksud puisi ini... tapi ana pasti ada yang tersirat di situ... :)
Excellent way of telling, and good article to take information on the topic of my presentation subject matter, which i am going
to convey in university.
Post a Comment