♥ Nur Fazlina Humayra ♥
CANTIK TAPI BERDURI !
Saturday, December 21, 2013 • 1:30 PM • 1 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿




Mawar berduri.. 
Berdiri tegak bersama dahannya.. 
Kadang2 di simbahi hujan yg sangat lebat.. 
Kadang2 ditiupkan angin yg sangat kuat.. 
Kadang2 disinggahi serangga2 yg x diperlukan.. 
Tetapi.. 
Mawar berduri.. 
Tetap tumbuh dgn segarnya.. 
Tetap memberikan kembangannya.. 
Tetap memberikan wangiannya.. 
Bersabarlah mawar berduri.. 
Kembangkanlah kelopakmu.. 
Berikanlah wangianmu.. 
Semoga di sekelilingmu sentiasa tersenyum.




Ciri-ciri gadis muslimah dan mukminah :

1. Solat tepat waktu
2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3. Setiap bicaranya bermula dengan kalimah Bismillah.
4. Butir bicaranya terselit dengan kalimah Alhamdulillah, 
InsyaALLAH, Subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5. Tidak mengeluh dengan masalah remeh dalam kehidupan sehariannya.
6. Bercakap dengan suara yang rendah.
7. Lembut dan halus tingkahlakunya.
8. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan
 dijaga dari pandangan lelaki bukan mahram dan mereka yang bukan Islam.
11. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12. Pandai mengambil hati orang tua.
13. Menghormati dan taat ibubapa.
14. Kesayangan keluarga dan tetangga.
15. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16. Sentiasa berkuku pendek bagi menyempurnakan wudhu.
17. Rambut tak diwarnakan.
18. Murah dengan senyuman.
19. Banyak mendengar dari bercakap.
20. Senyuman adalah ketawanya.
21. Tidak ketawa terbahak-bahak.
22. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
24. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
25. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan yang syubhah.
30. Sayangkan dan kasihkan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bercucuk tanam.



Allahu, masih jauh lagi utk melangkah ke arah 31 ciri2 itu, malu terhadap diriku sendiri.Layakkah aku menjadi mawar berduri itu ?? Tepuk dada, tanya iman fazlina! 

*Hiris bawang, nangis laju2. :'(




“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link