Wednesday, October 9, 2013 | 6:23 PM | 0 Lovers
Ape khabar jiwa yang menagih setiaNya..apakah masih terus istiqamah dalam memperjuangkan syariatNya?moge yang terbaik dan kasih Allah sentiase mengiringi kalian semua.insya Allah..
Alhamdulillah,hari ini..pada detik ini,saya masih lagi diberi peluang untuk menitipkan nasihat khususnya buat diri saya yang dhaif dan rakan seperjuangan saya .saya sayang kalian kerna Allah..mari kite same-same menuju kesyurgaNya..Barakallah..!Moge dapat ibrah apa yang saya cbe sampaikan dan kongsikan sedikit ilmu..
Tajuk nie simple je tapi susah untuk diamalkan..betul tak? Bersangka baikla!Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al-jailani untuk sentiase bersangka baik sesame insan:
1-jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.ucapkanlah dalam hatimu: “mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”.
2-jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”
3-jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):”dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku.”
4-jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh,mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”
5-jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):”orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Aku tidak tahu agaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripdaku.”
6-jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah(dalam hatimu):”aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk islam dan beramal soleh,dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk..”
Wahai sahabtku,seperjuanganku dalam meniti jalan daie ini..Demikianlah antara ajaran yang dititpkan oleh seorang ulama yang masyhur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik..
Saya berharap..setiap perkara yang kite cuba lakukan,letakkan nafas bersangka baik dalam rohanimu..jadikan ia satu ibadah yang memberi suatu nikmat yang besar dalam jiwamu untuk membawa kesyurgA yang abadi..Barakallah..
~tegur saya jika saya terleka~
~tegur saya jika saya terlupa~
~tegur saya jika saya terkhilaf~
~tegur saya jika saya terabai~
~tegur saya jika saya tersimpang~
Saya tak mampu nak berjihad seperti Siti khadijah dalam mengorbankan hartanya untuk islam..saya tak mampu sehebat serikandi zainab..saya tak mampu setabah Siti Asiah,,saya tak mampu secantik Siti Aisyah..saya tak mampu nak sehebat iman dan kecintaan Rabiatul Adawiah yang menyerahkan hatinya untuk Rabb...
Biiznillah..Allahuakbar!..Moge Allah kasih..(^_^)
salam muhasabah bersama khususnya buat diri saya yang terlalu jauh dari kasihNya.MAsya Allah.
0 Comments posted :
Post a Comment