Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, July 28, 2013 | 1:18 PM | 2 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


saya bukan penulis yang hebat. dan saya sebenarnya takut untuk menulis. takut sekiranya saya sendiri tidak mengamalkan apa yang ditulis. Nauzubiilah. kerana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"
[as-Saff : 2-3]


insha Allah. perkongsian kali ni juga merupakan muhasabah terbaik untuk diri saya sendiri.


'saya tidak mahu yang fitrah menjadi fitnah. saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah.'

kata-kata tu saya dapat dari novel 'Cinta High Class'.

saya tertarik dengan kata-kata tu. kenapa ? sebab sebagai seorang manusia. kita dah ada fitrah kita yang tersendiri. Allah dah cipta kita ni sebagai sebaik-baik mahkluk kan. alhamdulillah. 


"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
[at-Tin : 4]


waktu saya buka twitter tadi. saya tweet la ayat ni.
"saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah"
then, seorang sahabat saya, Murshidah bertanya "maksudnya?"


okey. kalau kita nak mudah faham. 


bismillah. 

cinta itu fitrah kan ? tapi sebenarnya apa itu cinta ? cinta tu fitrah dalam diri kita sebagai manusia. Allah yang tumbuhkan rasa tu dalam diri kita. Allah yang semai rasa tu dalam badan kita. tapi itu tak bermaksud kita boleh gunakan perasaan yang sepatutnya indah dan suci itu sewenang-wenangnya. cinta itu fitrah. YES. tapi yang fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. dan yang fitrah itu boleh bertukar menjadi barakah.




cinta itu boleh jadi fitnah kalau kita salah apply. coupling. itu bukan trend umat islam. tak kesah la awak-awak sekalian cakap kami kapel secara islamik ataupun tidak. itu tetap bukan trend kita. 


dan cinta tu jugak boleh bertukar menjadi barakah kalau kita salurkan rasa yang indah itu dengan betul. cintailah yang Maha Menyintai. cintailah Rasulullah yang terlalu merindui kita ni. cintailah ibu bapa yang tak pernah jemu untuk berkorban dan memberi kasih sayang kepada kita sejak kecil. cintailai ahli keluarga kita yang selalu ada untuk kita. cintailah sahabat-sahabat kita yang sering mengajak kita untuk mengigati-Nya. CINTAILAH PADA YANG BERHAK.


jagalah cintamu hanya kepada yang berhak. biarlah orang yang hendak mendapatkan cintamu itu harus melabuhkan cintanya kepada Allah yang Satu untuk mendapatkan cintamu. biarlah cinta yang bakal kita bina itu cinta high class. kenapa high class ? bak kata Fatimah Syarha.


high class kerana.
itu tanda patuhi Allah.
itu tanda jauhi fitnah.
itu tanda sebuah mujahadah.



satu lagi. sentiasa jaga kedudukan Allah dalam hati kita.
 insha-Allah. bila kita menjaga Allah, Allah akan jaga kita balik. 




oh ya. bercakap pasal fitrah. sebenarnya kecenderungan kita untuk mendekati agama kita. iaituIslam. itu juga fitrah. bukannya hipokrit. janganlah takut untuk berubah. bila hidayah itu sudah dicampakkan. jangan pula lepaskan peluang yang Allah dah bagi. sebab kita takkan tahu bila lagi hidayah nak menjenguk kita. 




dan sahabat-sahabat. ingatlah bahawa cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya sangat luas. cinta Allah buat kita lebih tinggi daripada cinta seorang ibu kepada anaknya. dapat bayang tak ? tinggi bukan ??? 


sahabat-sahabat. sungguh. nak berubah itu mungkin bagi sesetengah daripada kita itu mudah. tapi part nak istiqamah itu yang susah. kekuatan itu harus dibina. biarlah kita perit sebentar di dunia. asal di akhirat sana bahagia. biarlah kita menanggung sedikit kesusahan di dunia. asal di akhirat sana kita beroleh kesenangan. biarlah kita dipandang hina oleh manusia. asal kita dipandang mulia oleh Allah.


ya Allah. mujahadah itu sangat susah. kerana syurga yang Allah tawarkan tersangat manis sahabat-sahabat. tak dapat dibayang dek pancaindera kita. syurga itu terlalu manis. dan tiada tiket percuma untuk kita ke sana. 


sahabat-sahabat. saya juga bukan insan yang terbaik untuk memberikan nasihat. cuma saya ingin berkongsi apa yang saya dapat. jangan dinilai diri ini. jangan dinilai masa silam saya. biarlah hanya Allah yang menjadi penilai buat saya. cukuplah Dia. 

fatenmuhamad:

Berubah, bukan mudah. Perlunya kekutan. Pohonlah kekuatan itu daripada Allah.
We are not perfect, we are make mistake and we are trying to be a good or best muslim.
Semoga Ramadan kali ini menjadi wasilah untuk kita semua meraih redha-Nya. Allah sediakan bulan ini tanpa hasutan syaitan untuk kita kuat mengistiqamahkan diri. Kawal bisikan nafsu kita dengan teguhkan iman! Fafirru Ilallah! Dakap kasih sayang Allah! Dakap seeratnya.
Dear brothers and sisters,  We are belong to Allah! And we will return back to Him. Soon.
"Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return." [al-Baqarah:156]


monolog diri :


buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana-Nya.
saya juga bukan insan yang terlalu kuat. tapi saya harus kuat untuk terus meraih cinta-Nya.
sungguh. saya juga pernah jatuh terduduk. tapi saya tahu. kekuatan itu juga datang dari-Nya.
kepada-Nya lah kita meminta. binalah kekuatan itu wahai sahabat. 
moga Allah terus melindungi kita semua. 
uhibbukum fillah. <3 b="">







2 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... July 31, 2013 at 3:58 AM

Assalamualaikum awak.. saya suka baca blog awak.. n saya pon selalu stalk awak kt twitter.. saya tatau mcm mana nk tegur awak.. sbb kita belum penah knl.. kalau awak sudi berknln ngn saya.. amat dialu-alukn msg saya di +60142778170

Blogger nimt said... August 14, 2013 at 9:02 AM

mohon share. mogamoga bermanfaat utk semua dan smoga ukhti diberkati Allah . :)

Post a Comment