Friday, July 12, 2013 | 5:03 PM | 0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Untuk renungan semua .
1. HAWIYAH.
Penghuni:
a) Wanita Muslim yang TIDAK menutup aurat.
b) Lelaki Muslim yang memakai sutera dan emas.
c) Memakan harta haram serta riba'.
2. JAHIM.
Penghuni:
a) Golongan yang mensyirikkan Allah.
3. SAQAR.
Penghuni:
a) Mereka yang MEREMEHKAN solat.
b) TIDAK menunaikan solat.
c) Menyokong kebatilan dan mempertahankannya.
d) Mendustakan hari Akhirat.
4. LAZA.
Penghuni:
a) Manusia yang SUKA mengumpulkan harta.
b) TAMAK dan RAKUS dengan harta.
5. HUTAMAH.
Penghuni:
a) Manusia yang suka MENGUMPAT dan MENCELA.
b) Manusia yang mengumpulkan harta dan menganggap hartanya menjamin kehidupan.
6. SA'IR.
Penghuni:
a) Golongan yang MEMAKAN harta anak yatim.
b) Mereka yang kufur kepada Allah.
7. WAIL .
Penghuni:
a) Golongan yang LALAI dalam solat dan meninggalkannya.
"Maka aku memberi amaran kepada kamu dengan neraka yang menyala-nyala"
"Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali mereka yang paling celaka"
"Itulah mereka yang mendustakan kebenaran dan berpaling daripada keimanan"
(Surah Al-Layl 92: 14-16)
"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada Hari Kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada didalam kepalanya. Dia menyangka bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat seksaan daripadanya, sedangkan dia ialah orang yang paling ringan seksaannya" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
* See? Azab yang paling ringan pun mampu buat otak menggelegak, ni kan pulak azab-II yang lain. Sedangkan serpihan baca api dunia pun dah terjerit terlolong, ni kan pulak api neraka. Masih lagi nak buat kemungkaran? Allahuakbar. Tepuk dada tanya iman. Muhasabah diri. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah itu maha pengampun ^^
0 Comments posted :
Post a Comment