❝ Someone Like U ❞
Monday, June 3, 2013 | 9:22 PM | 7 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim. Kat bawah ni ada idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.
Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.
Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.
Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.
Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.
Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!
Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.
Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.
Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.
Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.
Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.
Konklusinya, jaga lah ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT.Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan. Gunakan fb twitter sebaiknya. Sekian :)
nota hati:
|
7 Comments posted :
Assalamualaikum akak . Kelakar dan best (Y) hihihi ^^
Tq akak..nk share boleh??
Assalamualaikum, maaf, apa yg sya ingin katakan mungkin tak de kaitan dgn tajuk nie. maaf sgt. sya ada sedikit kecelaruan sebenarnya. sya ada post sesuatu kat fb mcm nie "Kadang2 kalau kita pakai baju yg longar, labuh2 nak tutup aurat. mesti ada orang kata "macam org kampung". Haah, aku memang orang kampung pun, kampung aku kat akhirat, nama dia syurga." bukan sya maksud menyindir atau belagak. tak terlintas langsung dihati saya. tiba2 ada seorang akak tu komen "Org yg bertuduh labuh itu lebih dipandang mulia dr org lain...a" sya hanya berserah pada Allah smoga Allah ampunkan sya kalau sya terlanjur dlm berkata-kata. sekarang sya takut kalau2 ada yg tarik muka dgn apa yg sya katakan.
ANIS : Wasala,,hehehehe.. :)
anon: silakan :)
MIMI: wasalam,,, komen akak tu x salah pun,, niat dia baik tu,, dah lah,, jgn pk bukan2,, ayat awk x kasar pun.. :) chill babe.. :)
terima kasih ^^ saya bukan apa, sya sedang berhijrah untuk jadi insan yg lebih baik InsyaAllah, sya takut kalau2 komen akak tu buat semangat sya nak berubah nie kecundang.
Assalamualaikum..
^_^ thumbs up.,trima kasih,sya suka entri ni. sangat brguna. sebenarnya memang x rmai yang sedar tentg btas dlam prgauln antra lelaki dn prempuan. wlaupn ada juga yg dh dbritahu tp xnk ambil tahu..nauzubillahiminzalik.
Semoga entri akak ni dapat membantu :)
akak, sya nk shared ye.. ^_^
Assalamualaikum..
^_^ thumbs up.,trima kasih,sya suka entri ni. sangat brguna. sebenarnya memang x rmai yang sedar tentg btas dlam prgauln antra lelaki dn prempuan. wlaupn ada juga yg dh dbritahu tp xnk ambil tahu..nauzubillahiminzalik.
Semoga entri akak ni dapat membantu :)
akak, sya nk shared ye.. ^_^
Post a Comment