♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Ku mohon pada-Mu :')
Wednesday, February 6, 2013 • 1:34 AM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ketika air mata ini jatuh..
kerana cintaMu begitu kuat
merangkul diriku..
bibir ini tidak henti melafazkan tasbih dan zikir..
atas ke tidak berdayaan rasa yang Kau ciptakan di hatiku..

Kau hembuskan rasa itu tanpa ku mahu..
Kau bolak balikkan hatiku..
Kau biarkan rasa itu mengalir di dalam tubuhku..
Ya Rabb, jika rasa itu belum pantas ada untukku..
hilangkan dari hati dan fikiranku..

tanamkan selalu cintaMu di hatiku..
jaga lisan dan fikiranku dari hal-hal yang tidak bermanfaat..
terangi aku dengan cahayaMu..
agar aku ringan dalam melalui hari-hari ku..
menyambutnya dengan penuh senyum..
dan tidak dengan muramnya hatiku..

dakap aku Ya Rabb,..
biarkan aku tersungkur menangis..
di atas sajadah di dalam sujudku..
belai aku dengan sentuhanMu..
ku mohon padaMu..
jangan Kau ubah rasa yang ada..
menjadi kebencian di dalam hatiku..

Ya Rabb,
jauhkan rasa itu..
tutup telingaku..
tutup mataku..
sejenak ku ingin tertidur dalam dakapanMu..
merasakan indahnya bercinta denganMu..
di antara senandung kalam illahiMu..
ku rasakan betapa kuat cintaMu yang menjalar..
di setiap detik jantungku..

wallahua'lam...



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link