♥ Nur Fazlina Humayra ♥
wahai kamu disana tu !
Tuesday, January 15, 2013 • 9:25 PM • 6 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Kau boleh hina diriku,
Kau boleh kutuk diriku,
tapi jangan sesekali hina pakaianku,
jangan hina purdah ku,
jangan hina tudung labuh ku..

Aku sedar aku hina, aku punya dosa, aku punya cela..aku bukan mulia,
Dan aku sedar kamu mungkin terlalu hebat, terlalu mulia dan terlalu sempurna, tanpa dosa..

Dan sebab aku berdosa, dan punya cela..
Aku sedar tahap diriku,
Aku sedar tahap kemampuanku, 
Aku sedar aku hamba Allah yang hina..
Itu lebih baik bagiku daripada riak, tak sedar diri tapi hina pada pandangan Pencipta..

p/s : Sehina mana pun seseorang itu, sudah pasti ada terselit sedikit kebaikan dalam dirinya..sebaik mana pun seseorang itu, tidak mustahil jika terselit sedikit kejahatan dalam dirinya...



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link