Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, December 1, 2012 | 12:53 AM | 1 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Duhai Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz yg masih menjadi Rahsia Ilahi...Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,dalam setiap tasbih cintaku..Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku...jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah..Kerana cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga...Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti...ku tunggu engkau dalam gerbang ke-halalan yang akan kita bina bersama & menjalani hidup dalam meraih redha-Nya..Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah ... :)

Assalamualaikum wbt,
Bakal Zauj ku,
Sebelum Engkau menjadi yang halal buat ku…
Izinkan aku menyampaikan amanat ini…


Janganlah meletakkan kerinduan mu pada ku melebih kerinduan mu pada Penciptamu,
Janganlah membiarkan dirimu hanyut dengan lamunan mu yang indah, tetapi hanyutkanlah jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta dariNya,
Janganlah engkau menelefon ku sekiranya tiada yang mustahak,
Kerana aku menyimpan suara ku ini hanya utk mu setelah akad,
Janganlah menghubungiku melalui SMS dan email yg akan memenuhi inbox ku,
Usah ditanya ttg perkhabaran daku, kerna aku tidak memerlukan 'concern' mu lagi pada waktu ini,
Simpanlah dia bilamana diriku sudah menjadi yang halal utk mu,
Biarkan aku sakit, kerna aku yakin itu adalah 
kaffarah dosa-dosa ku yang terlalaikan akan perintah Khaliq ku.
Usah dikejutkan aku pada waktu Tahajjud, tetapi,
 kejutkanlah diri mu sendiri demi mengharapkan keredhaan Allah,
InsyaAllah, jika kamu beristiqamah dengan Tahajjud & Qiam, 
Allah akan anugerahkan kamu dgn zaujah yang juga seperti mu.
Usah dirisau & bimbang andainya daku tidak bangun berTahajjud, 
tetapi risaulah bilamana diriku setelah menjadi milikmu,
 tetapi tidak pula mendirikan Qiam itu…
InsyaAllah, diriku juga berusaha beristiqamah bukan utk kamu, tetapi utk Kekasih abadiku…


Usah disuruh aku membaca Al-Quran kerna 
aku khuatir yg aku lakukan nanti itu bukan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Usah dibimbanginya… 
kerna hati pemberian Allah ini adalah hati yang mudah lunak 
& mencintai ayat-ayatNya…
InsyaAllah, selagi Allah tidak memesongkan hatiku,
 aku masih berpegang teguh dengan tali Allah.
Namun, berdoalah selalu agar bakal zaujah mu ini
 menjadi zaujah yg solehah dan taat akan perintah Allah.
Untuk itu, selagi mana engkau belum menjadi yg halal buatku,
 buatlah perkara-perkara yg halal yg dapat menambah ketaqwaan kamu kepada Allah.
Jadilah Mujahidin yg sebenar! Perbetulkan niat mu, jelaskan halatuju mu… aku pasti kamu akan mengejarnya melebihi dari apa kenikmatan didunia ini. Sesungguhnya, Mati itu benar! 
Syurga dan Neraka itu benar! Perdengarkan firman-firmanNya dlm jiwa mu, insyaAllah, kamu akan sentiasa berada dalam landasan yang benar untuk duniawi & ukhrawi. Amin…


Ikhlas,
Bakal Zaujah mu...



1 Comments posted :

Blogger saudah said... December 1, 2012 at 1:12 AM

:')) bagus :'D berharapan terhadap sesuatu yang baik untuk lebih baik :'D

Post a Comment