♥ Nur Fazlina Humayra ♥
bersangka baik dengan Allah
Saturday, December 22, 2012 • 6:02 PM • 1 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿




Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulutmu untuk segala yang boleh meruntunkan semangatmu..


"Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit & sebelum terbenam ; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam & di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang." (Taha, 20: 130)


Usianya sudah pun menjangkau 20-an.. Dia dilahirkan cacat.. Dia tiada kaki.. Tiada tangan.. Malah, dia juga cacat penglihatan.. Tapi, semangat dia untuk teruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya seperti mereka yang normal tidak pernah dihalang oleh kecacatannya.. Kini dia menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka..


Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai jenis soalan oleh para peserta yang hadir. Salah satu soalannya :


"Bagaimanakah Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan..? Tidak dapat saya bayangkan keadaan diri saya sendiri bila berada di tempat Tuan.. Yang saya maksudkan dengan serba kekurangan adalah kecacatan ini.."


'Ini bukan kekurangan atau kecacatan.. Ini satu kelebihan.. Kenapa?


Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh, tangan, kaki dan sepasang mata saya.. Saya tidak pernah berpeluang memandang perkara-perkara yang diharamkan.. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk terhadap mereka.."


"Tapi, apa yang Tuan ada..?"


"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Dengan mulut ini saya mampu berzikir dan dengan mulut ini jugalah saya mampu untuk membaca al-Quran meskipun saya buta.. Hamdan Lillah.."


* Pandanglah dengan mata hati.. Sesuatu kekurangan jika dipandang dari sudut yang lain, pastinya ia adalah suatu kelebihan yang tiada pada mereka yang lain..


Bersangka Baiklah Dengan Allah..




Kenapa aku miskin, dia kaya..? Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri dan riya'.. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud.. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya..? Malah lebih miskin dari kita.. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah..




Kenapa pula aku kaya, dia miskin..? Allah tak sayang aku ke..? Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalan-Nya.. Tidak semua orang berpeluang.. Gunakan kesempatan ini sebaiknya.. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah..


Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahf - 7)




Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam..? Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat time UPSR, PMR, SPM, STPM.. Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya time PSRA, SMA, STAM. Allah sama sekali tidak memandang berapa CGPA, GPA kita.. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping SIJIL PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita.. Allah sama sekali tak mengira berapa biji medal yang tergantung kat keliling rumah kita.. Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah dan setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya.. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi dan lagi..




Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan..? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang bongkak..? Itu adalah bonus.. Bersyukurlah.. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak..? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh.. Sama ada kau bersyukur atau tidak.. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka.. Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu.. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat.. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan dan disampaikan.. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi..




Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya.. Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya..



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link