Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, December 30, 2012 | 2:11 AM | 0 Lovers

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

islamic-quotes:

Past, present, future

Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat


Alhamdulillah.. Allah masih lagi memanjang usia saya, anda dan kita semua sehingga ke hari ni.. Masih lagi Dia memberi kesempatan untuk kita menikmati rasa cinta dan kasih sayangNya…

‘Rasa takut nak bertaubat..’
Mesti atau mungkin kita pernah dengar ayat-ayat yang berbunyi macam ni..

***


‘Aku bukan tak mau berubah.. Aku nak berubah.. Aku pun tengok ramai kawan aku dah berubah tapi aku ni takut.. Takut tak dapat kekal lama.. Aku tak nak jadi hipokrit..’


‘Ramai je budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat..
Aku ni sekolah orang putih je dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku tak yakin nak berubah tu..
Bukan tak mau..’



‘Aku nak berubah tapi dosa aku banyak sangat..
 Setinggi gunung seluas lautan.. Allah sudi kea terima aku ni..’

‘Aku nak berubah tapi aku sayang geng-geng aku.. Kalau aku berubah, nanti mereka kata apa pulak..?’

***

Disebabkan terlampau banyak sangat persoalan yang berlengar-legar di luar minda, 
last sekali pasti ayat ni akan muncul (bagi yang cepat putus asa / jumpa jalan buntu)


‘Argh..!!! Payah sangat nak berubah.. Baik tak payah berubah la.. Kalau masuk neraka pun sat je last-last dapat jugak rasa nikmat syurga.. Cuma cepat dengan lambat je.. Tak apa tahan la sikit seksa tu.. Nanti baik juga..’


(Nauzubillahminzalik..)

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Ye saya mengaku.. Pasti persoalan-persoalan yang sinonim macam di atas akan bermain-main di minda.. Tambah di kala hening malam.. Tatkala kita seorang diri berada di beranda rumah atau di atas katil ketika sedang mencuri masa untuk bermuhasabah diri..


‘Rasa’ nak bertaubat tu bukan hanya manis di bibir dan indah khabar dari rupa je.. Apabila kita dah ‘ter’ niat nak berubah tu first apa yang kita nak kena buat tu.. Kita buktikan dulu dengan perbuatan.. Yang pasti kita kena sanggup berkorban berdiri dan sujud di hadapan Allah.. Bersungguh-sungguh bertaubat dengan taubat nasuha.. Mintak keampunan kepadaNya.. Settlekan hubungan sesama manusia.. Letakkan rasa cinta dan yakin itu hanya apa Allah.. Lepas tu cuba didik diri kita dengan macam ni.. Saya bagi contoh (ingat contoh je (lain orang lain cara dia)) 


Pertama :-
Andai dulu apabila marah-marah akan baling barang yang ada di tangan.. Tak kisah la telefon bimbit ke atau pasu ke, pasti akan automatic akan lempaq terus.. Tapi kali ni apabila rasa marah tu menyapa.. Belajar tenangkan diri dengan zikrullah, istighfar, ambil wuduk atau solat sunat dua rakaat.. Tahan diri tu kalau boleh biar sampai keluar air mata..

Kedua :-
Dulu selalu kalau ada masalah pasti pergi cari pakwe / makwe untuk share masalah dan tenangkan fikiran.. Tapi kali ni ce usaha terus pergi ke bilik air ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat.. Dan mengadu sepuas-puasnya.. Cerita dekat Allah.. Lepas tu mintak putus terus dekat pakwe / makwe (serius ni.. Tak main-main.. Putus terus) [Jangan pernah sayang kepada maksiat]


Ketiga :-
Andai terlampau banyak masalah yang menyulitkan urusan hidup, yang pasti pergi cari sahabat yang soleh-soleh.. Tidak pun cari ustaz / ustazah.. Sekiranya kita memang mahu Allah yang pegang kehidupan kita.. Istilah ‘malu ‘ bertanya tu tak patut ada dalam diri..

Keempat :-
Seandai member-member lama ajak kita melakukan maksiat.. Kita dengan tegas menyatakan kita tak hendak buat/pergi.. Kita mesti berprinsip.. Yang pasti kita jangan tinggal dia tapi ajak depa sama-sama berubah.. (Jangan putus asa)


So,

Jadi ia bermula dari kita.. Diri kita.. Jasad kita.. 
Segala-galanya dari kita tanpa paksaan orang lain.. Tidak perlu gaduh-gaduh..


Tapi apa-apa pun kita kena ingat dan berpesan pada diri dengan ayat ni..

Surah ankhabut ayat 2-3 :- ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata : Kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.’


Penutup :-

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk kembali kepadaNya.. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.. Andai kita datang kepadaNya dengah segunung dosa maka Dia akan memberi kita segununug pengampunan.. Andai kita datang kepadaNya dengan dosa seluas lautan maka Dia akan memberi kita pengampunan seluas lautan.. Allah tak tengok siapa kita di masa silam Allah tidak nilai kita di masa depan tapi Allah nilai kita di saat ini.. Betapa mulia dan kasihNya Dia kepada kita.. Tiada yang mustahil bagiNya.. Andai kita mengkehendaki kebaikan, Allah akan beri kita faham agamanya..


Apa lagi..! Ayuh ke arah pintu taubatNya sebelum pintu hati kita tertutup untuk dapat HidayahNya..


Teringin nak jawab persoalan :-

‘Ramai budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat.. Aku ni sekolah orang putih je dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku tak yakin nak berubah tu.. Bukan tak mau..'

Nanti kita balik jumpa Allah, Allah tak akan tanya kita dulu di dunia kita masuk sekolah apa.. Kenapa perlu ambil contoh budak sekolah agama yang dah menjadi sampah masyarakat sedangkan ramai je lagi budak sekolah agama yang tinggi sahsiahnya dan menjadi contoh ikutan masyarakat.. Keyakinan itu tidak pada bibir tapi pada tindakan..


WallahuAlam.. Semoga Allah redha urusan kita semua.. Aamiin..



0 Comments posted :

Post a Comment