♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Berdating dgn Dia :)
Tuesday, November 20, 2012 • 12:19 AM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Sebelum membaca, sekiranya anda seorang yang sedang bercinta dan belum berkahwin, lapangkanlah diri anda untuk membaca sampai habis kerana sesungguhnya Allah sedang memimpin anda untuk meraih hidayahNya . Bacalah sampai habis. Semoga Allah memaafkan kesalahanmu. 

CINTA. Merangkumi lima huruf dan satu perkataan namun membawa seribu satu makna. Salahkah cinta, bercinta, mencintai dan dicintai? 


Mudah sahaja untuk menjawab persoalan itu sebenarnya.
Kalau cinta itu haram dan salah, maka tiadalah kita pada hari ini. Kalau salah, masakan Rasulullah begitu mencintai Saidatina Khadijah. Jika haram, bagaimana pula dengan ketulusan cinta Zulaika terhadap Nabi Yusuf as. Bagaimana pula dengan cinta agung Adam dan Hawa. Berdosakah mereka kerana ditanamkan segenap perasaan CINTA dalam hati-hati insan-insan mulia ini?


Tidak perlulah mual, resah, keliru, loya dan gusar lagi kerana jawapannya nyata, terang lagi bersuluh.
CINTA TIDAK SALAH


Cinta itu anugerah yang Allah hadiahkan kepada hambanya dalam bentuk fitrah. Kalau seorang jejaka tampan bernama Ahmad Romeo jatuh cinta kepada seorang Siti Juliet, maka itu perkara biasa, Sedangkan, Allah sebutkan menerusi SMS cintanya kepada kita;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(Al-Imran:14) 


Masalah yang kita hadapi sekarang ialah cara masyarakat dan ummah kita menghargai anugerah ini. 
Para pembaca hensem segak sekalian, kalaulah saya bagi sebuah kereta Ferrari merah metallic serta berkilat, bagaimanakah kalian menunjukkan bahawa kalian menghargainya?


Sudah semestinya kalian akan menjaganya dengan rapi, polish lima kali sehari, pergi carwash setiap hari dan sebagainya tanda kalian sangat menghargai pemberian mahal tersebut.



Begitu juga dengan anugerah cinta. Kalau kita dianugerahkan sebuah perasaan cinta kepada seseorang yang begitu sukar dimiliki, sudah tentu kita inginkan sebuah percintaan yang halal bersama si dia sebagai tanda anda menghargai anugerah cinta terhadap insan tersebut. Jadi, anda akan menikahi si dia dengan sah supaya anda berhak melakukan apa-apa yang diharamkan sebelumnya bersama si dia. 


Sebaliknya, seandainya anda dianugerahkan perasaan cinta ini terhadap seorang insan yang begitu mudah didekati serta menyalahgunakan anugerah tersebut, anda akan melamarnya untuk mengikat sebuah ikatan cinta yang haram melalui sistem (tudia sistem aih!) bercouple. Hal ini bermakna anda tidak menghargai anugerah cinta tersebut dan memilih untuk menjaja anugerah tersebut dengan diskaun sediskaun-diskaunnya. Akhirnya, anugerah yang mahal bertukar menjadi murah, fitrah yang diiringi barakah bertukar menjadi fitnah dan amarah Allah. 




Sayang sejuta kali sayang, ramai pasangan tidak menghargai anugerah cinta yang Allah kurniakan kepada mereka. Lebih sedih lagi, mereka tidak menghargai Tweet Allah yang berbunyi:


“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

"Kami tahu jaga diri"
"Kami berkapel islamik, takde pegang-pegang"
"Saya cintakan awak kerana Allah"
"Satu hari, saya akan menikahinya"


Persoalannya, siapakah yang menjaminkan anda that "SATU HARI"
Fikirkan, tiada siapa pernah menjamin yang anda akan hidup lagi esok.
Bagaimana jika hari ini, hari terakhir anda?


Dan anda meninggal dunia dalam keadaan melakukan sesuatu yang HARAM?


Bersyukurlah dengan anugerah CINTA ini. Hargailah sebaiknya.

“ Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( ni’mat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( ni’matKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” ( Surah Ibrahim ayat 7) 


_________________________________________________________________________________
Puteri pasca merdeka menutup entri dengan bingkisan bait-bait indah, sebuah dedikasi khas buat hadek-berhadekku seislam :)

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
4 Ogos 2011



Kesimpulannya, andai terlalu cinta, berkahwinlah . Sekiranya anda merasakan tidak bersedia, ketahuilah bahawa Allah mahukan anda meluangkan diri bersama Dia terlebih dahulu sebelum si dia. Yang halal kan ada, kenapa pilih yang haram? 



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link