Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Monday, October 1, 2012 | 7:58 PM | 2 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah


Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin


"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
(An-Najm, 53: 39)



"Tiada kejayaan tanpa pengorbanan,tiada pengorbanan tanpa keutuhan diri,tiada keutuhan diri tanpa keyakinan & tiada keyakinan tanpa keimanan yang jitu pada Dia Yang Maha Berhak.."(Farahin Adnan)

Kebanyakan students & termasuklah saya
selalu anggap yang
markah tinggi-tinggi, gempak, hebak, mantap & seangkatan dengannya
dinobatkan dengan suke & girangnye sebagai pelajar yang cemerlang & gah di seantero pra-sekolah, tadika, sekolah mahupun di universiti.


Dan kebanyakan students & termasuklah juge saya sekali lagi
akan mengeluh & kadang-kadang teriak
kalau dapat paper je
tengok-tengok
markah rendah, cukup-cukup makan minum, atas-atas pagar sekolah, ala-ala kadar & sama waktu dengannya.


Kita rabun & kadang-kadang, silau kan?
Ujian bukan hanya teletak pada kegagalan
Cubaan bukan hanya terletak pada kehampaan
Dugaan bukan hanya terletak pada keputus asaan.


Kita tak bersyukur.
Dapat markah sikit je
Dapat markah corot je
terus konyok-konyokkan kertas
remuk-remukkan paper
supaya kawan sebelah tak sempat nak intai.
Sikit lafaz syukur pun kita tak sempat nak ucap
Cube bayang
ramai lagi remaja sebaya kita ni
takde peluang langsung nak timba ilmu macam kita sekarang.
Kita insan yang terpilih & mempunyai tanggungjawab.
pernahkah kita terfikir?

Failure was essential to the creative process.
"Just look at me. I spent over a year making prototypes before I finally found the design that worked in order to design a commercially viable electric light bulb."
(Edison)

Kegagalan bukan untuk diratapi & bukan juga untuk dikesali
tetapi dijadikan kegagalan sebagai pembakar semangat diri
agar lebih bertenaga di kemudian hari.
Senyummm =)


Kalau agak-agak penyakit stress nak datang menyinggah,
cepat-cepat baca doa ni,
Bismillahirrahmanirrahiim
"Hasbunallah wa ni'mal wakiil.."
(Cukuplah Allah untuk menolong kami & Dialah sebaik-baik pengurus."



Haa, kan comel senyum cenggini.
Lepas ni, practice & amalkan!
Lepas dapat paper je,
depan cikgu/ustaz/ustazah
terus senyum sebegini rupe
Biarkan masyarakat sekeliling tertanye-tanye berape markah kita ;D


Sebaliknya,
kejayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian & cubaan dari Yang Maha Mengetahui.
Try duduk sorang-sorang
cube teka kenapa Allah tak berikan kejayaan & kemasyuran untuk kali ini?
Kita ingat Allah tak makbulkan doa kita.
Walhal sebenarnya,
kalau dilihat dari mata hati & bukan dari mata realiti
Allah nak selamatkan kita dari sesuatu.


Kemungkinan besar,
kalau Allah kurniakan kita kejayaan & kemasyuran pada ketika itu
kita akan bongkak, riak, pandang langit tinggi mendongak & pandang orang yang dibawah kerek tak beragak.
Kita tak mampu untuk cakap,
"tak mungkin la..
takkan aku macam tu kot.."
sebab Allah laagi Maha Mengetahui
segala yang tersirat & tersurat.

We've limited knowledge so we've limited freedom in our life. Don't think that u're the best planner because Allah is The Most Best Planner ever. We can't assume & predict exactly what will happen in our future. So, we've to depend on Him tightly because we've limited knowledge.
Just, keep on praying, never hesitate & trust on Him. 
Hebat kan rahmat Allah =) subhanallah !
Bagi mereka yang berjaya
tak beerti Allah tak nak selamatkan anda dari penyakit yang berbahaya kat atas tadi
tapi Allah sebenarnya telah
memilih anda
untuk memegang amanah & tanggungjawab yang besar
iaitu
kongsikan ilmu itu pada mereka yang lain & amalkan ilmu itu dalam kehidupan seharian.
Ilmu bukan hanya terletak pada transcript tetapi tersemat di dalam hati hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah. 


Ingat ni.
Kalau ilmu yang diajarkan kepada seseorang itu
diamalkan oleh mereka malah di 'share'kan juge pada mereka-mereka yang lain
pahala telah dikreditkan terus menerus ke dalam bank amalan anda selama mana ia masih di amalkan.
Andai kata telah sampai waktunya kita kembali menghadap Ilahi
jangan risau sebab pahala akan terus menerus juge di kreditkan.
Tak macam pelaburan saham kan? =)


Peringatan ini khas buat sahabat-sahabat & terutamanya untuk diri sendiri yang selalu sangattt lupe rentetan kurangnya makan kurma & kismis ;D
Bersyukurlah teman-teman =)
Kalau dalam exam hall,
tibe-tibe terlupe something yang dah kita study
akak angkat sy ada 
sarankan amalkan doa ni,
Bismillahirrahmanirrahim

اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه اجمع بيني وبين ضالتي



Dari Abu Darda',
bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Doa seorang muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab; pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas di mana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka Malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan:
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Imam Muslim)


Jom sama-sama saling mendoakan!
Kebaikan bukan hanya pada zahir. Dalam kita menyorok-nyorok pun Allah boleh nampak & dalam kita berbisik-bisik pun Allah mampu mendengar =)


All the best & Bitaufiq wan najah untuk semua students di seantero dunia yang bakal menjalani  EXAM ...
Moga ilmu yang kita perolehi dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian & mampu memberi sumbangan kepada agama Islam...




TAJDIDKAN NIAT SEMULA,
STUDY KERANA ALLAH
BUKAN KERANA EXAM.


Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,
He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.
Be strong & keep on praying.
ALL THE BEST & YOU'RE THE BEST!


Dalam kita sibuk stdy untuk exam,
jangan sampai hubungan antara kita dengan Yang Maha Pengatur & Yang Maha Pencipta terabai.
Na'uzzubillah..
Kejayaan kita bukan terletak di atas usaha kita sepenuhnya
tetapi
kejayaan kita teletak 100% pada keredhaan Ilahi.

Habluminannas wa Habluminallah
"Katakanlah (Muhammad), 'Dialah Tuhan Yang Maha Esa'. Allah tempat meminta segala sesuatu.."
(Al-Ikhlas, 112: 1-2)


Ingatkan aku bila terlupa kerana aku sering terlupa.



2 Comments posted :

Blogger Unknown said... October 3, 2012 at 5:26 AM

Assalamualaikum..
seronok entry kali ni. teruja je nak baca. pasal exam rupanya.. susah nak jadikan study sebagai satu ibadah kerana Allah. macam mana ye? dan nak tanya jugak, berapa umur ukhty? penulisan nampak matang sekali..
ma'as salamah..:)

Blogger ♥ نور فازلينا حميرة ♥ said... October 3, 2012 at 3:53 PM

waalaikumussalam,,,,Alhamdulilah,,belajar niatt lah kerana Allah,,,mcm mana,,caranya,,,jika gagal jgn mudah putus asa,,,,banyakkan doa,usaha ikhlas dan tawakal,,berserah pada-Nya... umur sy 16,,,x matang mana lah..:) hihih

Post a Comment