Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, September 15, 2012 | 10:19 PM | 3 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


“Putus cinta adalah bukti tiada cinta yang abadi selain cinta Allah,”

ha, lebih kurang macam tu lah bunyinya yang penting maksudnya sama.

OK! Saya setuju teramat la sangat, harap anda pun mamcm tu la juga, betul apa yang dikatakan itu. “Ye tak ye la,” aku bermonolog dalam hati.Terfikir, manusia  memang selalu tercari-cari cinta & memerlukan kasih saying. Remaja? (termasuk la saya ni) Tak payah sebutlah, mereka lebih-lebih lagi perlu dalam usia sebegitu.

Jadi saya nak berkongsi pendapat yang mungkin kita sehaluan atau mungkin tak, biasalah rambut sama hitam, hati lain-lain kan? Tapi itulah teori ‘complimentary’ (melengkapi). Perbezaan yang mencorakkan dan melengkapkan sesuatu perkara, kaitan utamanya juga terarah kepada cinta.

Siapa tak mahu dirinya disayangi, dicintai, didampingi. Semua orang nak. Tapi kenapa pergi kepada sumber yang salah hingga mengundang bahaya? Mengundang derita? Mengundang kemurkaan Dia? Aduh! Cinta sepatutnya indah, bukan sengsara macam tu. Kita ‘celik’ kat dunia hari ni sebab ‘cinta’ antara ibu ayah kita. Kita lahir dari cinta ibu ayah atas keizinan sang Maha Pencinta dengan penuh suci.

Penah baca atau dengar orang bunuh diri pasal putus cinta tak? Errrmm, remaja mengandung anak luar nikah? Penah? Ermm, bayi yang dibuang merata-rata? Ni semua atas dasar cinta juga ni. Berkorban apa saja la kononya remaja-remaja kita ni, ‘ U jump I jump.’ Tapi salah tu, itu semua bukan cinta, itulah dugaan dan godaan terhadap kaum remaja kita. Masa nil ah syaitan nak tunjuk hero dengan menggoda kita dengan pelbagai kecelakaan hati yang akan membuatkan kita tersasar dari jalan atau landasan yang hakiki.

‘La tahzan,’ jangan sedih dengan cinta yang tak kesampaian, kerana ia Cuma sementara, tiada duka yang abadi (ha, penyanyi opick siap buat tajuk lagu lagi). Praktikan teori Allah sediakan untuk kita, ‘hablu minnallah, hablu minnan nas,’ Insyallah, cinta dunia dan akhirat kita akan dapat.


Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Terima kasih semua..


~untuk saya dan kita-kita~



3 Comments posted :

Anonymous Anonymous said... September 17, 2012 at 4:30 PM

Nice article..

Blogger ♥ نور فازلينا حميرة ♥ said... September 17, 2012 at 10:20 PM

syukran..^___^

Anonymous Anonymous said... September 22, 2012 at 7:47 PM

How ukhti dpt idea tk tulis artikel cmni,very convicing indeed,may allah bless you,

Post a Comment