Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, August 11, 2012 | 6:57 PM | 2 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


sekadar ingin menasihati untuk rakan-rakan facebook saya yang masih muda, ingatlah 
pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah.
 Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA. 


Kepada pelajar-pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini, tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting-posting romantik kamu di facebook. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat. 


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup-cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog-dialog romantik kamu di facebook, ucapan sayang dan cinta itu simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu saja. TOLONGLAH, saya merayu kepada kamu. Dan kepada pelajar-pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah akak-akakku, adik-adikku, pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis, tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik-baik.




 ***

Duduk diam, fikir dan jana setiap bait. Hidup bukan dengan angan-angan. Bukan jua untuk ikut-ikutan. Ianya adalah misi terpenting, maka bila ianya penting harus ada persiapan yang rapi dan amat teliti. Selamat bermuhasabah ;) 


Waallahu'alam. 


2 Comments posted :

Blogger BUKAN SIAPA-SIAPA said... August 12, 2012 at 8:32 PM

nice entry.. setuju sgt dgn entry ni.. berkahwin bukan utk sehari dua tp utk selamanya.. persediaan tu penting.. thanks for sharing.. salam ukhwah ;)

Blogger ♥ نور فازلينا حميرة ♥ said... August 14, 2012 at 12:57 AM

syukran :) salam ukhwah juga buat ukhty ^___^

Post a Comment