Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Friday, August 3, 2012 | 6:26 AM | 0 Lovers

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿



Semakin HARI semakin SAYANG or semakin HARI semakin TERBAYANG BAYANG ? Biarlah HIDUP semakin HARI semakin SAYANG kepada TUHAN, Dan semakin HARI semakin TERBAYANG BAYANG kematian yang AKAN DATANG, Barulah hidup LEBIH bermakna dan kesudahan HIDUP pun LEBIH BERMAKNA, kerna DIRI mu 
begitu BERHARGE diciptakan oleh NYA.. 

**********************************************************

 ♥ kadang-kadang bila main bola, kita dah tendang bola,tapi kita masih kejar.♥ ♥¸kadang-kadang lepas kita tidur, kita sudah bangun tapi masih teringat mimpinya.♥ begitu juga persahabatan... ♥ 

********************************************************** 
✿ dengan mengeluarkan kata2 agama , tidak semestinya aku seorang ustazah . ✿ labuhnya tudung ku , tidak semestinya aku seorang yg alim . ✿ dengan menasihati orang lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yg sebaik-baiknya . ✿ aku cuma insan biasa , yg mempunyai keinginan seperti kamu . ✿ cuma aku berkongsi , apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu . ✿ dan mengingati diri sendiri , supaya menjadi lebih baik ,Insya Allah...

********************************************************** 
Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA" . . . Aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ia miliki . . Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku . . . Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fizikalnya . . . Aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang ku punya . . . Aku mencintainya tanpa melebihi rasa cintaku padaNYA . . 

********************************************************** 
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..(ciri2 wanita solehah..inshaAllah) Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki2 yang rosak akhlaknya. Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya. Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki. Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada perempuan2 lain. Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana wanita dan lelaki. Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya. Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kebahagiaan dunia yang saya kejar... Tapi kebahagiaan di akhirat kelak..

**********************************************************

 LELAKI yang DATANG kepada PEREMPUAN untuk TUJUAN BERCINTA dan BUKANNYA UNTUK BERKAHWIN, maka, LELAKI itu adalah FASIQ. Berbeza jika, LELAKI itu DATANG, UNTUK MELAMAR dan MEMINTA IZIN DENGAN IBU BAPA PEREMPUAN tersebut, maka, LELAKI itu, JAUH LEBIH BERAGAMA dan BERMARUAH 

**********************************************************
 ♥ Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada wanita jika kalian tidak berniat untuk melamarnya. ♥ Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada lelaki jika kalian berniat untuk melukakan hati beliau. ♥ Jangan kau sentuh hati perempuan yg bukan mahram jika kau belum sedia menikahnya. 

**********************************************************
 "Kalau tukang rumah baiki rumah kita,kita ikut apa yg disarankan..bila doktor merawat sakit kita,kita dengar dan ikut arahan doktor..tapi kenapa bila ulama' menegur dan memperbaiki hati dan iman kita,kita tak mahu dengar..jgn jd kurg cerdik yer.." 

********************************************************** 
Wanita dan AURAT sering dikait RAPAT, Bukan nak MENGUMPAT tapi hanya nak beri NASIHAT, Bila AURAT DIBERI lihat maka bertambah DOSA b'pertingkat2, WANITA itu anugerah TERHEBAT itu pasalla dijaga ERAT, Walau seinci yang TERLIHAT maka rugilah klu dirasakan NIKMAT, Biarlah AURAT di tutup RAPAT, Agar redha ALLAH terasa DEKAT dan bertambah BERKAT.. 

********************************************************** 
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang. Aku berharap Jika nanti Allah mempertemukan kita Kau akan selalu membimbingku Agar aku menjadi wanita yang solehah Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat. Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat Iaitu anak yang soleh dan solehah Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah. Andai engkau ditakdirkan untukku Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita Kau boleh mencintai aku apa adanya Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan. Dan andai aku salah Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan Andai aku marah Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan Andai aku lupa Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita. Kerana…. Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu Buat bakal imam Ku. 

********************************************************** 
Aku menantikan kehadiran Seorang lelaki yang akan bergelar suami Seorang mukmin yang merindui syahid Seorang hambaNYA yang sentiasa mengingatiNya Seorang lelaki yang tegas dan berani Tidak pernah takut untuk berkata benar Malah tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir munajat Ketika aku terpesona dengan keindahan perhiasan duniawi Dia menasihati ku supaya mengingati mati dan keindahan pesona cinta Maha Esa Dia sentiasa mengingati mati Baginya,dunia ini hanya persinggahan Tempat menanam benih amal Hasilnya dipetik di padang Mahsyar kelak Dia cukup menjaga matanya dari menjamu tipudaya maksiat Dia sentiasa mengajak aku mendalami Islam Sebagai benteng dan bekalan perjalanan kehidupan ini Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga Raut wajahnya sentiasa kelihatan penat Fikirannya sentiasa memikirkan masalah ummat yang kini kian membarah Tambahan pula perjuangannya penuh dugaan Dia tetap tabah dan sabar Baginya, keperitan itulah yang akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya Dia sentiasa berpesan tentang solat di awal waktu Dialah imam dan pemimpin keluargaku kelak Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W. Dia juga berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAH.. ALLAHUROBBI Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta kerana cintanya itu mendekatkan aku padaNYA Cinta Illahi itu jugalah yang menyebabkan aku memilih dia Siapakah dia..??? Aku masih menanti kehadirannya Dengan lafaz seribu ketenangan Doaku, semoga dia tercipta untuk ku Semoga aku bertemu jodoh dengannya Kerana.. Dialah pilihan hatiku.. Nikahilah aku keranaNYA ya akhi.. Hanya keranaNYA kau mampu membahagiakan hidup dunia dan akhirat.

********************************************************** 





0 Comments posted :

Post a Comment