Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, August 18, 2012 | 9:34 PM | 0 Lovers
✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Kamu tahu?
Dalam hidup ini sebenarnya.
Kita ini tak punya masa walaupun seminit untuk melakukan keburukan.
Iya, tak ada masa untuk kita buang masa.
Allahhurabbi.
Ramadhan kini di fasa terakhir.
Tak terasa masa begitu pantas melangkaui hari-hari kita.
Kan?
Aku cuma ingin bilang.
Hargai detik-detik akhir ini.
Kerna apa?
Iya, ramadhan kan tetap ada.
Namun kita?
Belum tentu akan ada saat dia bertandang semula.
Allah.
Terasa sayu hati.
Berat jiwa mahu melepaskan ramadhan pergi.
Ramadhan,
Bisa aku memelukmu sebentar?
Aku pasti, rindu ini takkan pernah terhenti.
Buatmu ramadhan.
(Mahu menyorok dibalik timbunan dunia dan menangis)
:')
Ada ketikanya, aku merasakan langkahku makin tercungap-cungap.
Entah, lelah barangkali menghadapi hari.
Terkadang terasa nafas berada dihujung kerongkong, sesak.
Sungguh.
Allah ajarkan aku berbagai perkara.
Sepanjang ramadhan ini, jujur aku katakan.
Mata ini tak pernah sekali kering dengan airmata.
Betapa hebat tarbiyahNya.
Buat aku mengkoreksi diri yang penuh khilaf dan dosa.


"Dan apabila hidup mula dibayangi kisah silam, terasa bagaikan mahu memutarkan kembali waktu, agar tika itu aku bisa menahan diri, untuk tidak mencalar hati dengan dosa, yang akhirnya menyelubungi jiwa.."


Kamu tahu?
Tidak semua orang berhasil menemukan Tuhan.
Tidak semua orang beruntung mengenal walau dirinya.
Syukurlah sayang.
Jangan hanya melihat sepetak langit biru di atas kepala.
Tetapi bermimpilah setinggi-tingginya.
Ciptakan sayap-sayapmu.
Lalu terbanglah hingga masanya kamu menyondol awan.
Setidaknya kamu berhasil untuk keluar dari harem di dalam fikiranmu.
Kamu pernah lihat kabut?
Ia kabut itu.
Sering saja membuatku hilang tujuan.
Allah, redhailah.
Sungguh.
Berbeza definasi bernafas sebagai muslim dan bernafas dengan nama Islam.
:')
Apa kau pernah fikirkan.
Tentang seorang dai'e yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang konflik?
Bagaimana jiwanya, bagaimana sikapnya, bagaimana tarbiyyahnya.
Pernah?

Allah.
Syukurlah sahabat.
Tidak semua orang beruntung dibentuk dari keluarga dan bia'h yang soleh.



CeritaHati : Mahu jadi mereka yang solid imannya, yang sanggup menunggu saudara akhawatnya walau sudah ditawarkan syurga. Allah. :') Sungguh, aku makin jatuh cinta pada dia. Entah, ada kala makin rindu. Rindu yang terlalu mendalam. Sampai adakalanya aku rasa aku kan hilang arah tanpanya. Rasa apakah ini Tuhan? Duhai tarbiyah, terus-teruslah mendampingiku. Tuhan, terus ajarkan aku untuk lebih mengenalMu sedalam-dalamnya. Ada masa, kita sedar di mana sebenarnya kita. Tapi ingatlah, dimana pun letaknya diri, jangan pernah berhenti. Terus berjalan tanpa henti. Doakan ku sahabat, sepertimana aku doakan kalian! :')




0 Comments posted :

Post a Comment