♥ Nur Fazlina Humayra ♥
aku malu padamu ya Rabb :'(
Monday, August 6, 2012 • 1:13 AM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Sedang enak aku bersahur di sini..
Saudara seislamku
masih berlapar dahaga di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Sedang aku dibuai mimpi di tilam yang empuk..
saudara seislamku
masih berjaga malam di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu...
Sedang aku masih dikurniakan bahagia..
saudara seislamku
masih sengsara di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Sedang aku hidup dengan aman..
Saudara seislamku
sedang berjihad di jalanMu di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Sedang aku di sini hanya mampu melihat..
saudara seislamku
masih menanggung derita di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Sedang nyawaku masih setia pada jasad..
saudara seislamku
telah terkorban menegakkan syiar Islam di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Sedang aku diberi nikmat rehat..
saudara seislamku
masih membanting tulang untuk hidup di luar sana..

Ya Allah.. Aku malu padaMu..
Kerana begitu banyak nikmat kurniaanMu..
namun hanya doa
dapat ku titipkan
buat saudara seislamku di luar sana..


Doa itu senjata orang mukmin
Maka berdoalah kamu.
atas kemenangan agama mu.
atas keselamatan saudara seislam mu.
atas redha Ilahi keatas mu.


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link