♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Ramadhan :)
Sunday, July 15, 2012 • 3:16 PM • 2 comments


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Alhamdulillah dipanjat berjuta kesyukuran pada Yang Esa. Ya Allahurabbi. Ya Allah melalui resah dan dugaanMu kau beri secebis ilham padaku untuk menulis.. Mungkin ini dugaan bagiku namun mungkin tinta kali ini dapat menyentuh hati-hati yang mebaca agar lebih kuat dalam menjaga hati.

Alhamdulillah ramadhan yang dirindui semakin hampir, lagiLIMA hari. Tidak dikatakan kehidupan jika manusia itu tidak diuji. Ujian kesenangan , kesusahan itu lah ujian yang mana kadang2 kita tak sedar . menbuatkan kita lalai dan terleka. Pernah kah jiwa kita tertanya-tanya mengapa Allah pilih hati , diri ini untuk diuji. Ya , pernah malah bertalu2, mengapa aku? Mengapa tidak dia?

Hati adalah momentum terpenting , dan bila Allah uji hati kita , dan bagaimana kita mahu kuat dalam menghadapi ujian hati ini. Dan bagi aku, hanya doa dengan aliran mutiara jernih. Soal hati lah jua yang paling menguji sanubari ini. Kadang2 hati tertanya, mengapakah namanya hadir dalam mimpi setelah istikharahku, mungkinkah? Aku berserah pada ilahi, namun aku tak mampu memadam nama itu lalu kusimpan dijauh agar tidak terusik oleh gangguan syaitan, namun bila Allah nak uji, aku hanya mampu berkata moga terhias bahagia, terhapus kalam dukamu kelak, kerana hati ini selalu mendoakan. Sekarang bukan aku lari tapi mengelak dari hati ini semakin parah biarlah aku hilang seketika,



Moga dengan kehadiran kekasih yang dinantikan ini, mampu mengubat hati yang suram, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem. Besarnya kelebihan bulan ini rebutlah, moga kita benar2 memanfaatkan Ramadhan yang hadir kali ini seutuhnya kerana belum tentu ada Ramadhan buat kita lagi kelak.

Buat aku , Ramadhan kali ini berbeza tanpa nenek bersama, moga bahagia nenek disana. Al-Fatihah buat nenek tersayang“MARIAMBY BTE YA'CUB”



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link