Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Friday, June 15, 2012 | 10:08 PM | 0 Lovers


♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥

Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
Kerana aku tahu
Kamu bukan hakku
Kadang-kadang
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa
Sungguh senang utk aku jatuh cinta. 
Dan memang tidak dinafikan disaat ini 
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu
Aku teringin kau megetahui 
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui 
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini
Sedangkan DIA yg menjadikan hati 
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu
Tapi sekali lagi
Kau milik ALLAH
Bukan milikku
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku
Dan cukuplah aku mencintaimu 
Dalam diam dari kejauhan 
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH
Mungkin saja rasa ini ujian
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku 
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."(HR. AL-HAKIM)

Amin ya rabbal Aalamin... 


0 Comments posted :

Post a Comment