♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Dengar Kata Orang...Ape Pun Tak Bleh...
Wednesday, June 27, 2012 • 7:53 PM • 2 comments


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Bila kita jadi jahat,

ORANG BENCI
Bila jadi baik,
ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama,
ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam
TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni
BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni
KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni
'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni
TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata
"TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata
"YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata
"APSAL PEMALAS SANGAT NI?
NAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita.
Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.
Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.
Perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT....
dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.




“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link